The ASEAN Way

  • fail
  • bantu

The ASEAN Way (Melayu: Cara ASEAN) ialah lagu tema rasmi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).[2] Lirik lagu ini ditulis oleh Payom Valaiphatchra (Bahasa Thai: พยอม วลัยพัชราcode: th is deprecated ; RTGSPhayom Walaiphatchara) dan lagunya dicipta oleh Kittikhun Sodprasert (Bahasa Thai: กิตติคุณ สดประเสริฐcode: th is deprecated ; RTGSKittikhun Sotprasoet) dan Sampow Triudom (Bahasa Thai: สำเภา ไตรอุดมcode: th is deprecated ; RTGSSamphao Trai-u-dom), penyertaan kemenangan dari 99 finalis dari 10 negara.[3]

Pertandingan Lagu Tema ASEAN

Pertandingan ini telah dilancarkan dan diumumkan di seluruh negara anggota ASEAN, dalam usaha untuk mencari lagu rasmi menggantikan lagu de facto yang dahulunya serantau, Lagu ASEAN, yang dianggap sebagai tidak mempunyai semangat oleh beberapa negara anggota. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga ASEAN, terhad kepada 20 penyertaan bagi setiap negara anggota. Pemenang menerima lebih AS$20,000 dalam ganjaran dan diisytiharkan sebagai lagu serantau rasmi Asia Tenggara. Panel hakim sebulat suara mengundi "The ASEAN Way" sebagai lagu serantau rasmi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara di pusingan akhir pada 20 November 2008.[4]

Kriteria

  • Bahasa: Inggeris
  • Lagu kebangsaan ini harus mencerminkan maruah, kerjasama, dan perpaduan ASEAN
  • Haruslah mencerminkan pelbagai budaya dan etnik ASEAN
  • Hendaklah komposisi asal
  • Tidak boleh lebih panjang daripada 60 saat

Panel juri

  •  Brunei - Haji Manaf bin Haji Kamis
  •  Filipina - Apgripino V. Diestro
  •  Kemboja - Dr. កម្ពុជា
  •  Indonesia - Purwa Caraka
  •  Laos - Khamphanh Phonthongsy
  •  Malaysia - Ayob bin Ibrahim
  •  Myanmar - Tin Oo Thaung
  •  Singapura - Phoon Yew Tien
  •  Thailand - Mom Luang Usni Pramoj
  •  Vietnam - Pham Hong Hai

Dan 3 juri bukan ASEAN:

Rujukan

  1. ^ "A few minutes with Ms. Payom Valaiphatchra, the lyricist of ASEAN anthem, The ASEAN Way" (dalam bahasa Inggeris). Czech Leaders. Dicapai pada 23 Februari 2021.
  2. ^ "An Asean song" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 1 Mac 2009. Dicapai pada 5 Oktober 2009.
  3. ^ "Is the ASEAN Way the Right Way?". Asean Insight Economists (dalam bahasa Inggeris). 28 July 2015. Dicapai pada 21 April 2017.
  4. ^ "ASEAN unveils official anthem and cartoon" (dalam bahasa Inggeris). Hindustan Times. 28 Februari 2009. Dicapai pada 23 Februari 2018.

Pautan luar

  • Lagu Tema ASEAN di laman web rasmi ASEAN
  • l
  • b
  • s
Politik
Simbol
Keahlian
Pemerhati dan Calon untuk Ahli
Peristiwa
Sidang kemuncak
Lain-lain
Pertandingan
Berkaitan