Taraf hidup

Taraf hidup umumnya diukur menerusi piawai seperti pendapatan benar (iaitu pendapatan terlaras inflasi) setiap orang dan kadar kemiskinan. Ukuran-ukuran yang lain seperti ketersediaan dan kualiti penjagaan kesihatan, ketaksamaan pertumbuhan pendapatan dan taraf pendidikan juga digunakan. Contoh-contohnya termasuk keupayaan memiliki sesetengah barang (misalnya bilangan peti sejuk setiap 1,000 orang), atau ukuran kesihatan seperti jangka hayat. Taraf hidup ialah mudahnya seseorang yang hidup pada sesuatu masa dan tempat dapat memenuhi keperluan mereka.

Gagasan terhadap 'taraf' dapat dibezakan daripada mutu kehidupan yang mengambil kira bukan sahaja taraf hidup kebendaan tetapi juga aspek-aspek kehidupan yang tidak begitu ketara seperti masa lapang, keselamatan, sumber budaya, kehidupan sosial, kesihatan fizikal, isu kualiti persekitaran, dan sebagainya. Cara mengukur kesejahteraan harus digunakan untuk membuat pertimbangan, dengan ini seringnya amat bersifat politik dan justera itu, amat berkontroversi. Walaupun dua buah negara atau masyarkat mempunyai taraf hidup kebendaan yang sama, faktor-faktor mutu kehidupan boleh menjadikan sesuatu tempat lebih menarik kepada sesesuatu orang atau kelompok berbanding dengan yang lain.

Bagaimanapun, masih terdapat masalah hanya dengan menggunakan purata berangka untuk membandingkan taraf hidup kebendaan, berbanding dengan, misanya, indeks Pareto (ukuran lebar pendapatan atau pengagihan kekayaan). Taraf hidup pada dirinya bersifat subjektif. Misalnya, negara-negara yang mempunyai kelas atasan kaya yang amat sedikit dan kelas bawahan yang amat miskin boleh mempunyai tahap pendapatan min yang tinggi, walaupun kebanyakan penduduk mempunyai "taraf hidup" yang rendah. Ini mencerminkan masalah pengukuran kemiskinan yang cenderung juga bersifat relatif dan menggambarkan bagaimana pengagihan pendapatan boleh menyembunyikan taraf hidup yang sebenar.

Serupa juga, Negara A, sebuah negara sosialis yang sempurna dengan pendapatan per kapita purata yang sangat rendah akan ditempatkan lebih tinggi tentang ketaksamaan pendapatan yang lebih rendah, berbanding dengan Negara B dengan ketaksamaan pendapatan yang lebih tinggi, walau jika lapisan terendah pengagihan penduduk Negara B mempunyai pendapatan per kapita yang lebih tinggi daripada Negara A. Contoh-contoh benar terhadap keadaan ini termasuk bekas Jerman Timur berbanding dengan Jerman Barat serta Korea Utara berbanding dengan Korea Selatan. Dalam setiap kes tersebut, negara sosialis mempunyai ketaksamaan pendapatan yang lebih rendah (dan oleh itu, ditempatkan lebih tinggi daripada segi ini), tetapi mempunyai pendapatan per kapita yang lebih rendah daripada kebanyakan kaunterpart berjiran mereka. Ini dapat dielakkan dengan menggunakan ukuran pendapatan pada pelbagai persentil penduduk, berbanding dengan menggunakan ketaksamaan pendapatan yang sungguh bersifat relatif dan berkontroversi.

Pautan luar

  • Industrial Revolution and the Standard of Living by Clark Nardinelli


  • l
  • b
  • s
Prinsip am

Artikel 1: Kebebasan, Kesaksamaan, Maruah dan Persaudaraan
Artikel 2: Kesejagatan hak

Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik

Artikel 1 dan 2: Hak untuk kebebasan daripada diskriminasi · Artikel 3: Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri · Artikel 4: Kebebasan dari perhambaan · Artikel 5: Kebebasan dari penyeksaan dan hukuman kejam dan luar biasa · Artikel 6: Hak untuk keperibadian · Artikel 7: Kesamarataan di sisi undang-undang · Artikel 8: Hak untuk remedi dari undang-undang berkesan · Artikel 9: Kebebasan dari penangkapan, penahanan dan buangan sewenang-wenangnya · Artikel 10: Hak untuk perbicaraan yang adil · Artikel 11.1: Anggapan tidak bersalah · Artikel 11.2: Larangan undang-undang retrospektif · Artikel 12: Hak untuk privasi · Artikel 13: Kebebasan bergerak · Artikel 14: Hak suaka · Artikel 15: Hak untuk kewarganegaraan · Artikel 16: Hak untuk perkahwinan dan kehidupan berkeluarga · Artikel 17: Hak terhadap harta · Artikel 18: Kebebasan berfikir, kesedaran dan beragama · Artikel 19: Kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran · Artikel 20.1: Kebebasan berhimpun · Artikel 20.2: Kebebasan berpersatuan · Artikel 21.1: Hak untuk penyertaan dalam kerajaan · Artikel 21.2: Hak peluang sama rata kepada pejabat awam · Artikel 21.3: Hak untuk hak mengundi umum

Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan

Artikel 1 dan 2: Hak untuk kebebasan daripada diskriminasi · Artikel 22: Hak untuk keselamatan sosial · Artikel 23.1: Hak untuk bekerja · Artikel 23.2: Hak untuk gaji sama untuk kerja sama · Artikel 23.3: Hak untuk hanya saraan · Artikel 23.4: Hak untuk menyertai kesatuan sekerja · Artikel 24: Hak untuk berehat dan percutian · Artikel 25.1: Hak untuk taraf hidup yang mencukupi · Artikel 25.2: Hak untuk jagaan serta bantuan khas untuk ibu dan kanak-kanak · Artikel 26.1: Hak untuk pendidikan · Artikel 26.2: Pendidikan hak asasi manusia · Artikel 26.3: Hak untuk pilihan pendidikan · Artikel 27.1: Hak untuk mengambil bahagian dalam budaya · Artikel 27.2: Hak terhadap harta intelek

Konteks, batasan dan kewajipan

Artikel 28: Keamanan sosial · Artikel 29.1: Tanggungjawab sosial  · Artikel 29.2: Batasan hak asasi manusia · Artikel 29.3: Ketuanan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Pertubuhan Bangsa Bersatu
Artikel 30: Tiada apa jua dalam Deklarasi ini boleh ditafsirkan sebagai sedia tersirat memberikan kepada mana-mana Negeri, kumpulan atau perseorangen sebarang hak untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti atau melaksanakan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan yang termaktub dalam Deklarasi ini.

Kategori:Hak asasi manusia · Portal hak asasi manusia

Templat:Particular human rights