Tangaroa

Tangaroa ialah dewa segala jasad air termasuk laut, tasik dan sungai serta haiwan yang mendiami jasad-jasad ini dalam kepercayaan seberapa masyarakat Polinesia.

Penceritaan

Dalam kalangan orang Māori

Tangaroa (atau Takaroa di Pulau Selatan) dalam kalangan orang Māori merupakan salah seorang dewa peranakan pasangan dewa langit Ranginui dan dewi bumi Papatūānuku. Dia turut serta dalam memisahkan kedua-dua pasangan ini untuk menyelamatkan diri dan adik-beradik lain (Rongo, Tū, Haumia dan Tāne); namun dia diserang Tāwhirimātea, dewa ribut yang mengamuk lalu memaksanya berlindung di air.[a]

Dia ada seorang anak iaitu Punga, leluhur segala ikan yu; Punga pula bapa kepada Ikatere leluhur segala ikan dan Tū-te-wehiwehi leluhur segala cicak. Amukan Tāwhirimātea memisahkan ikan-ikan yang berlindung di laut dan cicak biawak di hutan. Hal ini menyebabkan Tangaroa berdendam dengan Tāne:[2]:1–5 hasil bumi Tāne seperti kayu dimanfaatkan manusia untuk membuat rumah dan perahu, namun Tangaroa dipercayai akan membalas dengan membalikkan perahu ataupun mendatangkan bencana banjir besar.[2]:5–6 Maka, orang Māori percaya mereka harus mempersembahkan barangan tertentu untuk menenangkan Tangaroa sebelum melakukan sebarang kegiatan meneroka.[3]

Dalam kalangan orang Hawaii

Orang Hawaii mengenali Tangaroa dengan sebutan turunan Kanaloa; kefahaman mengenai dewa ini dari segi kepercayaan ada beza di mana dia dianggap sama ada setaraf mahupun[4] lebih rendah dari Kane.[5] Dewa ini dikaitkan dengan pulau Kahoʻolawe yang dianggap salah satu jelmaannya.[6]

Nota

  1. ^ In the traditions of the Taranaki region, it is Tangaroa who forcibly separates Rangi and Papa from each other.[1] In the traditions of most other regions of New Zealand, Rangi and Papa were separated by Tāne, atuacode: mi is deprecated of the forest.

Rujukan

  1. ^ Smith, A. (1993). Songs and Stories of Taranaki from the Writings of Te Kahui Kararehe. Christchurch: MacMillan Brown Centre for Pacific Studies. m/s. 1–2.
  2. ^ a b Grey, George (1971) [1854]. Nga Mahi a Nga Tupuna (ed. ke-4). Wellington: Reed.
  3. ^ Orbell, Margaret (1998). Concise Encyclopedia of Maori Myth and Legend. Christchurch: Canterbury University Press. m/s. 146–147. ISBN 0-908812-56-6.
  4. ^ Beckwith, Martha W. (June 1, 1982). Hawaiian Mythology (ed. 3rd). Honolulu, Hawaii, United States of America: University of Hawaii Press. ISBN 9780824805142.
  5. ^ Au, Jane (December 2018). He Hulikoʻa Kanaloa - Seeking The Depths of Kanaloa (PDF) (Tesis). University of Hawaiʻi at Mānoa. m/s. 74–75.
  6. ^ "Kahoʻolawe: Rebirth of a sacred island". Kumukahi. Kamehameha Publishing. Dicapai pada 6 Mei 2021.