Suamiku Lelaki Pendosa

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie NadzimahDitulis oleh
  • Eenaz Mokhtar
  • Siti Jasmina Ibrahim
  • Ctna Marzuki
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
  • Dato Aaron Aziz
  • Sophia Albarakbah
  • Gambit Saifullah
Lagu pembukaan"Fasa" nyanyian Hazama ft TujuLagu penutup"Fasa" nyanyian Hazama ft TujuNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod28PenerbitanPenerbit eksekutif
  • Zetty Adila Dato' Ramly
  • Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDato Zaiton Mohd JiwaPenyuntingAsyraf Zainal
Azim Indrawaty
Mohd Saufi Dollah
Nurul Huda Zulkunine
Norsyilawati IdrisSinematografiMokhairul Syamnizar MokhtarTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global StationPenyiaranSaluran asalTV3 (Slot Samarinda)Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal9 Februari 2022 – 25 Mac 2022StatusTamatKronologiMengikutiKau Cipta KasihDiikuti olehBila Hati Memilih Dia

Suamiku Lelaki Pendosa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Eyra Rahman, dibintangi oleh Dato Aaron Aziz, Sophia Albarakbah dan Gambit Saifullah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda, TV3 bermula 9 Februari 2022 menggantikan drama Kau Cipta Kasih.

Sinopsis

Kisah Dean Ilyas yang tampak sempurna namun cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan daripada isterinya Cahaya Malaika.

Cahaya Malaika (Sophia AlBarakbah) dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Encik Firdaus (Fauzi Nawawi) dan Puan Wahida (Aleza Shadan). Cahaya sangat rapat dengan kakaknya, Anggun Dania (Shima Anuar). Cahaya bertunang dengan lelaki pilihannya, Nik Safri (Kael).

Malangnya pertunangan mereka diputuskan selepas rahsia identiti Cahaya terbongkar. Malahan, Cahaya juga dihina oleh Nik Safri sebagai anak tak sah taraf. Sehubungan itu, hubungan Anggun dengan ibu mereka juga menjadi renggang. Cahaya masih boleh berlapang dada dan berusaha untuk menerima takdirnya. Dia juga memujuk dan memberi semangat kepada ibunya yang sedang bermurung.

Tidak lama kemudian, Cahaya dipertemukan dengan Dean Ilyas (Aaron Aziz) yang bertindak sebagai hero untuk menyelamatkan Cahaya daripada terus disakiti oleh Nik Safri di kedai makan. Dean merupakan lelaki yang berbudi bahasa dan mempunyai aura tersendiri. Mereka berdua bertemu lagi ketika menemani orang tua mereka ke sebuah majlis reunion. Ibu Dean, Datin Junaidah (Maria Farida) terus berkenan dengan anak sahabatnya dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan Cahaya sebagai menantu.

Cahaya berterus-terang tentang statusnya kepada Dean kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dean sangat ikhlas dan bersedia menerima Cahaya seadanya. Dia juga bersetuju untuk merahsiakan hal ini daripada pengetahuan keluarganya. Lalu, Cahaya bersetuju untuk menerima lamaran Dean.

Majlis perkahwinan Dean dan Cahaya bakal dilangsungkan oleh Datin Junaidah. Ketika kedua-dua keluarga gembira dengan penyatuan Dean dan Cahaya, kawan baik Dean iaitu Izfairin (Gambit Saifullah) tidak bersetuju dengan pilihan Dean.

Selepas kahwin, pelbagai dugaan mula datang menguji. Cahaya yang dipergunakan oleh Datin Junaidah untuk menyelamatkan maruah keluarga dan egonya akhirnya bakal berhadapan dengan sejarah hitam Dean yang disimpan rapi.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Cahaya dapat menerima dan memaafkan suaminya?

Pelakon

Pelakon utama

  • Dato' Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
  • Sophia Albarakbah sebagai Cahaya Malaika
  • Gambit Saifullah sebagai Izfairin

Pelakon pembantu

  • Aleza Shadan sebagai Wahida
  • Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
  • Datin Seri Maria Farida sebagai Datin Junaidah
  • Shima Anuar sebagai Anggun Dania
  • Ungku Hariz sebagai Rizal
  • Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
  • Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
  • Maisara Sufia sebagai Hidayah
  • Faez Malek sebagai Jerry
  • Fiza Thomas sebagai Maya
  • Kael sebagai Nik Safri
  • Anne Abdullah sebagai Puan Suriati
  • Nik Ramly sebagai Encik Nik Hisham
  • Annie Mosha sebagai Balqis
  • Ieda Moin sebagai Bibi
  • Betty Banafe sebagai Sofia
  • Sheila Mambo sebagai Mak Tok
  • Harun Hashim sebagai Tok Abah
  • Fahmy Reza sebagai Reza
  • Lana Nordin sebagai Syasha
  • Haeriyanto Hassan sebagai Ustaz
  • Adeline Tsen sebagai Alicia
  • Naim Shamshol sebagai Todak
  • Maria Wati sebagai Bomoh
  • Syed Nahar sebagai Ustaz

Runut bunyi

Rujukan

  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.