Seni arca
Seni arca atau seni pahat merupakan cabang seni tampak yang berkait dengan karya dalam bentuk tiga dimensi dan merupakan bidang di bawah seni plastik. Proses-proses awal dalam seni arca termasuk ukiran, iaitu pembuangan bahan dan pemodelan, iaitu penambahan bahan seperti batu, tanah liat, besi dan kayu. Namun begitu, sejak zaman modenisme, kaedah dan bahan dalam seni arca telah menjadi lebih bebas.
Seni arca daripada batu biasanya bertahan lama berbanding dengan karya seni pada bahan-bahan mudah reput dan merangkumi banyak dalam kalangan karya seni purba yang bertahan hingga kini, meskipun kebanyakan seni arca kayu telah menghilang secara hampir keseluruhan. Karya-karya seni arca purba juga biasanya berwarna-warni, tetapi kini, ciri ini sudah tiada.[1]
Lihat juga
- Patung
- Arca
Rujukan
- ^ "Gods in Color: Painted Sculpture of Classical Antiquity" September 2007 to January 2008, The Arthur M. Sackler Museum Diarkibkan Januari 4, 2009, di Wayback Machine
Pautan luar
- Kategori berkenaan Seni arca di Wikimedia Commons