Republik Filipina Kedua
República de Filipinas (Sepanyol)
Bendera | Jata |
- "Kapayapaan, Kalayaan, Katarungan"code: fil is deprecated (Filipina)
- "Keamanan, Kebebasan, Keadilan"
(Semangat Negara)
Awit sa Paglikha ng Bagong Pilipinas
(Lagu Kelahiran Filipina Baru)
Baguio (1945)
Didahului oleh | Diganti oleh | ||||
|
|
Republik Filipina Kedua, secara rasmi dikenali sebagai Republik Filipina (Bahasa Filipina: Republika ng Filipina; Bahasa Jepun: フィリピン共和国, romaji: Firipin kyōwakoku; Bahasa Sepanyol: República de Filipinas) adalah sebuah negara boneka yang ditubuhkan pada 14 Oktober 1943, semasa era pendudukan Jepun.[1]
Presiden Manuel L. Quezon mengisytiharkan ibukota negara Manila sebagai sebuah "kota terbuka", dan meninggalkannya di bawah pemerintahan Jorge B. Vargas, sebagai datuk bandar. Orang Jepun memasuki bandar itu pada 2 Januari 1942, dan mendirikannya sebagai ibu kota. Jepun sepenuhnya menawan Filipina pada 6 Mei 1942, selepas Pertempuran Corregidor.
Jeneral Masaharu Homma memutuskan pembubaran Komanwel Filipina dan menubuhkan Suruhanjaya Eksekutif Filipina, sebuah kerajaan sementara, dengan Vargas sebagai pengerusi pertamanya pada bulan Januari 1942. KALIBAPI- Kapisanan sa Paglilingkod sa Bagong Pilipinas (Tagalog untuk "Persatuan Perkhidmatan untuk Filipina Baru") dibentuk oleh Perisytiharan Bil. 109 dari Suruhanjaya Eksekutif Filipina (Komisyong Tagapagpaganap ng Pilipinas), sebuah undang-undang yang disahkan pada 8 Disember 1942, melarang semua parti politik yang sedia ada dan mewujudkan persekutuan baru yang memerintah. Ketua Pengarah pertamanya ialah Benigno Aquino, Sr. Parti pro-Jepun Ganap, yang melihat orang Jepun sebagai penyelamat di kepulauan itu, diserap masuk ke dalam KALIBAPI.[2] Pada 21 September 1944, Laurel meletakkan Republik di bawah Undang-undang perintah berkurung.[3][4] Pada 23 September 1944, Republik Filipina secara rasmi mengisytiharkan perang menentang Amerika Syarikat dan United Kingdom.[5] Berikutan kembalinya pasukan bersekutu yang dipimpin oleh Amerika, kerajaan Republik Kedua memindahkan ibu kota dari Manila ke Baguio.[6] Republik ini kemudian secara rasmi dibubarkan oleh Laurel di Tokyo pada 17 Ogos 1945.
Rujukan
- ^ Vellut, J. L. (March 1964). "Foreign Relations of the Second Republic of the Philippines, 1943-1945". Journal of Southeast Asian History. 5 (1): 128.
- ^ William J. Pomeroy, The Philippines: Colonialism, Collaboration, and Resistance, International Publishers Co, 1992, pp. 113-114
- ^ "PROCLAMATION NO. 29". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2013. Dicapai pada 17 Januari 2013.
- ^ DIARY OF JUAN LABRADOR, O.P. OCTOBER 1, 1944. Philippine Diary Project – melalui Facebook.
- ^ JOSE P. LAUREL. "PROCLAMATION NO. 30". Dicapai pada 25 Januari 2011.
- ^ Ooi, Keat Gin (2004). Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 1. Santa Barbara, California: ABC-CLIO. m/s. 776. ISBN 978-1-57607-770-2. Dicapai pada 27 Januari 2011. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)