Raja Muda Perlis
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
Jata Duli Yang Teramat Mulia Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis | |
Penjawat kini | |
Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sejak 1 Ogos 2000 | |
Butiran | |
Gelaran | Duli Yang Teramat Mulia |
Pewaris takhta | Syed Sirajuddin Areeb Putra ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra |
Raja pertama | Raja Syed Ahmad ibni Almarhum Raja Syed Hussain Jamalullail |
Pembentukan | 1843 |
Persemayaman | Istana Arau |
Laman sesawang | perlisroyalty |
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis ialah pewaris takhta Raja Perlis.[1] Raja Muda Perlis terkini ialah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda merupakan anakanda kepada Raja Perlis yang sedang memerintah Negeri Perlis. Sistem beraja di Perlis dilantik mengikut nasab keturunan. Baginda merupakan nasab dari keturunan Ba 'Alawi dari Yaman Wangsa Jamalullail [2]
Raja Muda Perlis merupakan salah satu daripada pewaris takhta kerajaan negeri selain daripada Raja Muda Perak, Raja Muda Kedah dan Raja Muda Selangor. Raja Muda Johor pula adalah merupakan pewaris kedua selepas Tunku Mahkota Johor bagi Sultan Johor.[3]
Senarai Tuanku Raja Muda Perlis
Berikut merupakan senarai Tuanku Raja Muda atau pewaris takhta Tuanku Raja Perlis[4]
No | Nama | Tempoh |
---|---|---|
01 | Raja Syed Abdullah ibni Almarhum Syed Harun Jamalullail | 1843-1844 |
02 | Raja Syed Ahmad ibni Almarhum Raja Syed Hussein Jamalullail | 1844-1873 |
03 | Tuanku Syed Alwi ibni Almarhum Tuanku Syed Hussein Jamalullail | 1873 |
04 | Tuanku Syed Safi ibni Almarhum Tuanku Syed Alwi Jamalullail | |
05 | Tuanku Syed Alwi ibni Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalullail | 1897-1905 |
06 | Tuanku Syed Mahmud ibni Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalullail | 1905-1934 |
07 | Tuanku Syed Hassan ibni Almarhum Tuanku Syed Mahmud Jamalullail | 1934-1935 |
08 | Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail | 1938-1942 |
09 | Tuanku Syed Hamzah ibni Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalullail | 1942-1943 |
10 | Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail | 1960-2000 |
11 | Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | 2000 - kini |