Perjanjian Pangkor

Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor.

Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Sebab - sebab

Raja Muda Abdullah ibni Sultan Jaafar, Sultan Perak ke 26 dari 1874 - 1876

Perak merupakan pengeluar bijih timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai sebuah negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti Perang Larut dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda ialah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja. Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut yang ramai di Hulu Perak.

Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan kepada Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.

Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campur tangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan menguasai perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874.

Syarat

Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orang Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor, pada 20 Januari 1874 telah menghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

Raja Muda Abdullah diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British.

Syarat penuh ialah:[1]

  1. Raja Muda Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
  2. Raja Bendahara Ismail, yang sekarang ini menjadi Pemangku Sultan, dibenar mengekalkan gelaran Sultan Muda dengan diberi pencen dan sebuah wilayah kecil diserahkan hak kepadanya.
  3. Segala perlantikan pegawai besar lain yang dibuat pada masa Raja Bendahara Ismail menerima alat kebesaran diraja hendaklah disahkan.
  4. Kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri ke atas Larut oleh Al-Marhum Sultan hendaklah disahkan.
  5. Semua hasil negeri hendaklah dikutip dan semua perlantikan hendaklah dibuat atas nama Sultan.
  6. Sultan menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang sesuai untuk seorang pegawai British yang dinamakan Residen. Pegawai ini akan ditauliahkan ke istana Sultan, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
  7. Seorang Penolong Residen, iaitu seorang Pegawai British yang bertindak di bawah Residen Perak, dengan kuasa yang serupa dan tertakluk hanya kepada Residen tersebut hendaklah ditempatkan di istana Gabenor Larut.
  8. Pembiayaan untuk Residen-Residen ini dan Perjawatan mereka hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan menjadi tanggungjawab pertama daripada hasil Negeri Perak.
  9. Peruntukan diraja yang mengawal selia pendapatan yang akan diterima oleh Sultan, Bendahara, Menteri, dan Pegawai lain hendaklah menjadi tanggungan seterusnya daripada hasil tersebut.
  10. Pemungutan dan pengawalan segala hasil dan pentadbiran am negeri dikawal selia di bawah nasihat Residen-residen ini.
  11. Persetiaan di mana Pulau Dinding dan pulau-pulau Pangkor telah diserahkan kepada Great Britain telah tersalah faham, dan dengan yang demikian, maka perlulah diselaraskan semula supaya dapat dikuatkuasakan tujuan sebenar para penggubal Persetiaan itu, dan dengan ini maka diisytiharkan bahawa sempadan wilayah yang diserahkan itu hendaklah diperbetulkan seperti berikut: Dari Bukit Segari, seperti yang tertera dalam Lembaran Carta No. 1 Selat Melaka, yang salinannya dilampirkan, dengan bertanda A, merentas lurus hingga kelaut, kemudiannya di sepanjang pantai laut ke selatan, ke Pulau Katta di sebelah Barat, dan dari Pulau Katta merentang ketimur laut kira-kira sepanjang lima batu, dan kemudiannya ke utara, iaitu ke Bukit Segari.
  12. Bahawa legih selatan Sungai Krian, iaitu bahagian kawasan yang salirannya masuk ke sungai itu dari selatan diisytiharkan sebagai Wilayah British, sebagai membetulkan Sempadan Province Wellesley (Seberang Perai). Sempadan itu hendaklah ditandakan oleh Pesuruhjaya, seorang yang dinamakan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat, dan seorang lagi dinamakan oleh Sultan Perak.
  13. Bahawa apabila keadaan kacau-bilau sekarang ini sudah terhenti di Negeri Perak dan keamanan dan ketenteraman telah kembali pulih dalam kalangan puak-puak yang berbalah di Negeri itu, maka langkah-langkah segara di bawah kawalan dan seliaan seorang atau lebih daripada seorang Pegawai British hendaklah dilaksanakan bagi memulihkan sejauh mana yang boleh dilakukan kerja-kerja perlombongan dan pemilikan alat jentera, dan lain-lain. seperti keadaan sebelum berlaku kacau-bilau, serta bagi menguruskan pembayaran pampasan kerana kerosakan, dan keputusan pegawai atau pegawai-pegawai itu dalam hal sedemikian adalah muktamad.
  14. Menteri Larut berjanji mengaku sebagai hutangnya kepada Kerajaan Negeri-Negeri Selat untuk segala caj dan perbelanjaan yang ditanggung atas penyiasatan ini, dan juga atas caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat dan Great Britain dalam usaha mereka bagi mewujudkan ketenteraan di Negeri Perak dan keselamatan perdagangan.

Kesan

Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut. Akan tetapi, Raja Abdullah telah diiktiraf Inggeris sebagai sultan dan Sir James W.W. Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.

Campur tangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu, khasnya golongan istana yang berasa kuasa mereka telah hilang. Kesannya, orang Melayu Perak mula bertindak. Mereka telah berpakat membunuh Birch. Pembunuhan tersebut dilakukan pada tahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876.

Banyak pihak yang semuanya orang Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Sultan Abdullah pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

Dengan kejayaan membantutkan penentangan Melayu, Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama-sama Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang kemudiannya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Rujukan

  • Pejabat DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan Diarkibkan 2012-05-07 di Wayback Machine
  • Perjanjian Pangkor ditandatangani Diarkibkan 2008-06-16 di Wayback Machine, daripada laman web Hari Ini Dalam Sejarah Online

Nota kaki

  1. ^ Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia (1791-1965), Institut Terjemahan Negara, Kuala Lumpur, 2008. (Paparan ini merupakan terjemahan isi kandung Perjanjian Pangkor ke Bahasa Malaysia moden oleh Institut Terjemahan Negara dan bukannya transkripsi rumi daripada tulisan Jawi yang asal.)
Ikon tunas

Rencana berkenaan sejarah Asia Tenggara ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s