Normani

  • Penyanyi
  • penari
Tahun aktif2009–kiniKampung asal
  • New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat
  • Houston, Texas, Amerika Syarikat
Kerjaya muzikGenre
  • R&B
  • pop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
  • Syco
  • Epic
  • Keep Cool
  • RCA
Pengkarya berkait
Fifth HarmonyLaman web rasmiofficialnormani.comTandatangan

Normani Kordei Hamilton (/nɔːrˈmɑːni/ nor-MAH-nee; lahir 31 Mei 1996)[1] merupakan seorang penyanyi dan penari Amerika Syarikat. Beliau menghadiri ujibakat sebagai penyanyi solo untuk siri televisyen Amerika Syarikat, The X Factor pada tahun 2012, setelah itu beliau menjadi ahli kumpulan Fifth Harmony. Sementara di Fifth Harmony, Normani bertanding di Dancing with the Stars (2017) dan melancarkan lagu "Love Lies" (2018) duet bersama Khalid. "Love Lies" memulakan penampilan pertamanya di Amerika Syarikat di nombor 43. "Love Lies" memuncak dalam sepuluh teratas di AS dan menerima pensijilan 4× Platinum oleh RIAA.

Setelah Fifth Harmony rehat, Normani berkolaborasi dengan beberapa artis, dan merilis EP dua lagu dengan Calvin Harris, Normani x Calvin Harris (2018). Pada November 2018, beliau melancarkan single "Waves" yang menampilkan 6lack. Duetnya bersama Sam Smith, "Dancing With A Stranger" (2019), mencapai sepuluh teratas di UK dan AS. Pada Agustus 2019, Normani melancarkan single solo pertamanya, "Motivation", yang memuncak di Top 40. Normani kemudian berkolaborasi dengan Ariana Grande dan Nicki Minaj di runut bunyi Charlie's Angels (2019), serta "Diamonds" bersama Megan Thee Stallion untuk runut bunyi filem Birds of Prey (2020).

Diskografi

  • Normani x Calvin Harris (2018)

Filemografi

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Book Bryn Filem pendek
2012–2013 The X Factor A.S. Diri sendiri 22 episod (2012)
Tetamu: 1 episod (2013)
2014 Faking It Episode: "The Ecstasy and the Agony"
2015 Barbie: Life in the Dreamhouse Episode: "Sisters' Fun Day"
2016 The Ride Episod: "Fifth Harmony"
2017 Dancing with the Stars 11 episod; musim 24
1 episod; musim 25
2018 Lip Sync Battle Episod: "Fifth Harmony"
Sugar 1 episod[2]
2019 Savage X Fenty Show Appearance/Performer[3]
The Voice Penasihat Musim 17 untuk Team Kelly

Konsert jelajah

Pembuka

  • Ariana Grande — Sweetener World Tour (2019)

Rujukan

  1. ^ "Watch Fifth Harmony Sing Happy Birthday to Normani Hamilton". Billboard. May 31, 2016. Dicapai pada June 13, 2018.
  2. ^ Milman, Lilly (August 3, 2018). "'Sugar' Trailer: Watch Maroon 5, Snoop Dogg, Charlie Puth and More Surprise the 'Most-Deserving Fans'". Billboard. Dicapai pada August 3, 2018.
  3. ^ "Normani Leaves Fans Gobsmacked With Performance At Rihanna's Savage X Fenty Show". Capital FM.

Pautan luar

  • Normani di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • Rogers, Dweyne (February 24, 2018). "Normani Kordei: Singer dishes on fame, Fifth Harmony and her 'DWTS' future". Rolling Out.