Nisbah mampatan

Nisbah mampatan dalam enjin pembakaran dalam mahu pun luar merupakan nilai yang mewakili nisbah isipadu kebuk pembakaran pada muatan tertinggi kepada muatan terendah. Ia merupakan spesifikasi yang asas bagi sebilangan besar enjin pembakaran.

Dalam enjin omboh, nisbah mampatan merupakan nisbah antara isipadu silinder dan kebuk pembakaran apabila omboh berada di bawah lejangnya, dan isipadu kebuk pembakaran apabila omboh berada di atas lejangnya.[1]

Bayangkan sebatang silinder dan kebuk pembakarannya dengan omboh di bawah lejangnya mengandungi 1000 cc udara (900 cc dalam silinder tambah 100 cc dalam kebuk pembakaran). Apabila omboh telah bergerak ke atas lejangnya dalam silinder, dan isipadu yang selebihnya di dalam kepala atau kebuk pembakaran telah susut kepada 100 cc, maka nisbah mampatannya boleh dinyatakan sebagai 1000:100, ataupun 10:1.

Rumus

Nisbah ini dihitung dengan rumus yang berikut:

CR = π 4 b 2 s + V c V c {\displaystyle {\mbox{CR}}={\frac {{\tfrac {\pi }{4}}b^{2}s+V_{c}}{V_{c}}}} , yang mana
b {\displaystyle b\;} = gerek (diameter) silinder
s {\displaystyle s\;} = panjang lejang omboh
V c {\displaystyle V_{c}\;} = isipadu kelegaan, iaitu isipadu kebuk pembakaran (termasuk gasket kepala). Inilah isipadu minimum ruang di hujung lejang mampatan, iaitu apabila omboh mencapai pusat mati atas. Oleh sebab bentuk ruang ini yang rumit, lazimnya ia diukur secara langsung daripada dihitung.


Rujukan

  1. ^ Encyclopædia Britannica, Compression ratio, dicapai pada 2009-07-21


Pautan luar

  • "Here Comes High Compression Engines " 1949 highly detailed article in Popular Science with photos and cutaway drawings (Inggeris)
  • Variable compression engine Diarkibkan 2005-03-11 di Wayback Machine (Inggeris)
  • Cam Timing vs. Compression Ratio Analysis (Inggeris)
  • Calculating Compression Ratio changes with engine modifications Diarkibkan 2009-09-07 di Wayback Machine (Inggeris)