Mersuji

Mersuji
Mersuji atlantik biru (Makaira nigricans)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Istiophoriformes
Keluarga: Istiophoridae
Rafinesque, 1810
Genus jenis
Istiophorus
Lacépède, 1801
Genus
  • Istiompax
  • Istiophorus
  • Kajikia
  • Makaira
  • Tetrapturus

Mersuji ialah sejenis ikan daripada keluarga Istiophoridae[1]:3 yang terdiri daripada 11 spesies.[2]

Peristilahan

Nama mersuji (Jawi: مرسوجيcode: ms is deprecated )[1]:63 dipakai kepada spesies-spesies Istiophorus platypterus,[1]:26 Makaira nigricans,[3] Istiompax indica[3] dan Makaira mazara[1]:32 yang digolongkan dalam keluarga ini.

Taksonomi

Nama keluarga Istiophoridae datang daripada nama Istiophorus yang diletakkan spesies I. platypterus oleh George Kearsley Shaw pada tahun 1792, beliau menamakan genus ini daripada perkataan bahasa Yunani ἱστίονcode: el is deprecated istion yang bermaksud "layar" untuk menggambarkan rupa sirip belakang spesies ikan tersebut.[4]:6

Pengelasan

Mersuji ialah ikan istioforiform yang lebih berkait rapat dengan suji todak yang merupakan spesies ahli tunggal keluarga Xiphiidae. Carangiformes dipercayai menjadi klad yang kedua paling dekat dengan mersuji. Sungguhpun sebelum ini dianggap berkait rapat dengan Scombridae, analisis genetik hanya menunjukkan hubungan yang kecil.

  • Istiompax
  • Istiophorus
    • Istiophorus albicans – layaran Atlantik
    • Istiophorus platypterus – layaran Pasifik
  • Makaira
    • Makaira nigricans – mersuji Atlantik biru
    • Makaira mazara – mersuji Pasifik biru
  • Kajikia
    • Kajikia albida – mersuji putih
    • Kajikia audax – mersuji tahil
  • Tetrapturus
    • Tetrapturus angustirostris – mersuji muncung pendek
    • Tetrapturus belone
    • Tetrapturus georgii
    • Tetrapturus pfluegeri

Rujukan

  1. ^ a b c d Izumi Nakamura, penyunting (1985). Billfishes of the World: An Annotated and Illustrated Catalogue of Marlins, Sailfishes, Spearfishes and Swordfishes Known to date (PDF). Rom, Itali: Pertubuhan Makanan dan Pertanian. m/s. 3, 26, 32, 63. ISBN 92-5-102232-1.
  2. ^ Froese, R.; Daniel, Pauly, penyunting (Mac 2013). "Istiophoridae". Fishbase. Dicapai pada 17 Disember 2023.
  3. ^ a b "Makaira". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Scharpf, Christopher (13 September 2023). "Order CARANGIFORMES". The ETYFish Project. m/s. 1–19. Dicapai pada 18 Disember 2023.