MacOS Sonoma


macOS Sonoma
Versi sistem pengendalian macOS
PembangunApple Inc.
Keluarga OS
  • Mac
  • Unix, berdasarkan Darwin (BSD)
Model sumberTertutup, dengan komponen sumber terbuka
Kaedah kemaskiniSoftware Update
Pelantarx86-64, ARM64
Jenis IntiHibrid (XNU)
LesenPerisian hak milik dengan komponen sumber terbuka dan kandungan berlesen dengan APSL
Didahului olehmacOS Ventura
Laman rasmiwww.apple.com/macos/sonoma/,%20https://www.apple.com/it/macos/sonoma/
CogankataCome for the power. Stay for the fun.[1]
Status sokongan
Dalam beta pembangun

macOS Sonoma (versi 14) ialah keluaran utama akan datang untuk macOS, sistem pengendalian Apple untuk komputer Mac. Pengganti kepada macOS Ventura, ia telah diumumkan pada Persidangan Pembangun Sedunia Apple (WWDC) 2023 pada 5 Jun 2023, dan dijangka dikeluarkan pada akhir 2023;[2] beta pembangun pertama telah dikeluarkan pada 5 Jun 2023.[3] Ia dinamakan sempena Sonoma, California.[4]

Ciri-ciri baharu

macOS Sonoma dimuatkan dengan beberapa ciri dan penambahbaikan baharu, terutamanya berkaitan produktiviti.[5]

  • Widget telah dirombak sepenuhnya, ia tidak lagi terhad kepada Notification Center—sebaliknya ia boleh diletakkan di mana-mana pada desktop dan pemilih widget telah direkabentuk semula untuk menyerupai versi iPadOSnya.
  • Layar kunci telah ditukar untuk mempunyai jam yang serupa dengan iOS dan iPadOS.
  • Apl persidangan video boleh menindih video kamera sesawang penyampai di atas perkongsian layar.
  • Safari:
    • Profil semaklewa menbolehkan set penanda halaman, sambungan, dan cecikut berasingan, yang boleh digunakan untuk memisahkan, sebagai contoh, aturan peribadi daripada aturan kerja.
    • Perkongsian kata laluan membolehkan berbilang orang mempunyai capaian kepada himpunan kata laluan tapak sesawang yang sama, dan mengemaskininya mengikut keperluan, dengan perubahan menyegerak rentas semua peranti yang didaftarkan.
    • "Apl sesawang" membolehkan pengguna menambah mana-mana tapak sesawang pada Dock dan membukanya dalam antaramuka Safari yang dipermudahkan. Ciri tersebut agak berbeza daripada apl sesawang progresif kerana ia tidak memerlukan kerja tambahan pembangun tapak sesawang.
  • Messages:
    • Penapis carian yang lebih tepat: contohnya, nama kenalan boleh digabungkan dengan istilah carian untuk mencari istilah dalam perbualan tertentu.
    • Catch-up membolehkan pengguna melompat ke mesej pertama yang belum dibaca dalam perbualan dengan cepat.
    • Pelekat iMessage mempunyai antara muka pemilih baharu.
  • Mod permainan, untuk mengoptimumkan prestasi permainan dengan mengutamakan tugas permainan dan memperuntukkan lebih banyak kapasiti GPU dan CPU kepada permainan
  • Penyelamat layar gerak perlahan baharu bagi tempat berbeza di seluruh dunia. Apabila dilog masuk, ia berubah menjadi kertas dinding desktop.

Perkakasan tersokong

macOS Sonoma menyokong perkakasan Mac dengan silikon Apple dan cip Intel Xeon-W atau cip Coffee Lake/Amber Lake generasi ke-8 atau lebih baharu, dan menggugurkan sokongan untuk pelbagai model yang dikeluarkan pada 2017. Sonoma menyokong model-model Mac berikut:

  • iMac (2019 atau lebih baharu)
  • iMac Pro
  • MacBook Air (2018 atau lebih baharu)
  • MacBook Pro (2018 atau lebih baharu)
  • Mac Mini (2018 atau lebih baahru)
  • Mac Pro (2019 atau lebih baharu)
  • Mac Studio (semua model)

Sejarah keluaran

Beta pembangun pertama macOS Sonoma telah dikeluarkan pada 5 Jun 2023.

Keluaran sebelumnya Keluaran semasa Keluaran beta semasa Respons keselamatan
Versi Binaan Tarikh keluaran Versi Darwin
14.0 beta 23A5257q 5 Jun 2023 23.0.0
xnu-10002.0.40.505.5~4
Isnin 22 Mei 22:52:05 PDT 2023

Rujukan

  1. ^ "macOS Sonoma Preview". Apple.
  2. ^ "Apple announces macOS Sonoma with support for desktop widgets and screensavers". The Verge. 2023-06-05. Dicapai pada 2023-06-05.
  3. ^ Clover, Juli (June 5, 2023). "Apple Releases First Beta of macOS 14 Sonoma to Developers". MacRumors. Dicapai pada June 6, 2023.
  4. ^ Heater, Brian (June 5, 2023). "Apple debuts macOS 14 Sonoma". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 5, 2023.
  5. ^ "macOS Sonoma brings new capabilities for elevating productivity and creativity". Apple Newsroom (dalam bahasa Inggeris). Apple Inc. June 5, 2023. Dicapai pada June 6, 2023.
Didahului oleh
macOS 13 (Ventura)
macOS 14 (Sonoma)
2023
Pemegang jawatan kini

Templat:MacOSTemplat:Darwin derivationsTemplat:Apple Inc. operating systemsTemplat:Apple software