Kor kesihatan

Kor kesihatan (panggilan di Malaysia; manakala kor perubatan panggilan luar negara) secara umumnya adalah cabang tentera atau kor pegawai yang bertanggungjawab bagi rawatan perubatan untuk anggota tentera berkhidmat. Pegawai tersebut biasanya adalah[perlu rujukan] doktor tentera.

Senarai kor perubatan

Contoh-contoh organisasi yang berikut:

Dalam Angkatan Tentera British dan Negara Komanwel:

  • Kor Perubatan Tentera Darat Diraja, sebuah kor pakar Perubatan Tentera Darat yang menyediakan penjagaan kesihatan untuk anggota Tentera Darat British
  • Kor Perubatan Tentera Darat Diraja Australia, cawangan Tentera Darat Australia yang bertanggungjawab menyediakan rawatan kesihatan untuk anggota Tentera Darat
  • Kor Perubatan Tentera Darat Diraja New Zealand, sebuah kor Tentera Darat New Zealand yang bertanggungjawab bagi rawatan kesihatan untuk anggota Tentera Darat
  • Kor Kesihatan Diraja, sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia. 
  • Kor Perubatan Tentera Darat Sri Lanka, sebuah kor Tentera Darat Sri Lanka yang bertanggungjawab bagi rawatan kesihatan untuk anggota Tentera Darat

Dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat:

  • Kor Perubatan Tentera Darat Amerika Syarikat, sebuah kor yang mengandungi semua doktor-doktor Jabatan Kesihatan Tentera Darat A.S.
  • Kor Perubatan Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah kor pegawai Tentera Laut A.S. yang mengandungi doktor-doktor dalam pelbagai kepakaran
  • Perkhidmatan Perubatan Tentera Udara Amerika Syarikat, sebuah organisasi yang mengandungi semua doktor-doktor Perubatan Tentera Udara A.S.

Dalam Angkatan Tentera India

  • AFMS(Armed Forces Medical Services), dikenali sebagai Kor Perubatan Tentera Darat yang bertanggungjawab bagi rawatan kesihatan untuk warga Angkatan Tentera India(Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara, Pengawal Pantai). Ia adalah organisasi tiga perkhidmatan. Ia menyediakan bantuan perubatan untuk angkatan tentera semasa perang dan penjagaan kesihatan komprehensif untuk semua anggota tentera, bekas tentera dan tanggungan mereka semasa aman. Kor Perubatan menyediakan bantuan perubatan semasa bencana alam diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. AFMS mempunyai perkhidmatan bersama yang membolehkan pegawai berpindah dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain bergantung pada permintaan.

Dalam Angkatan Tentera Perancis:

  • Perkhidmatan Kesihatan Pertahanan

Dalam Angkatan Pertahanan Ireland:

  • Kor Perubatan Ireland

Dalam Angkatan Pertahanan Israel:

  • Kor Perubatan Israel

Dalam Angkatan Tentera Myanmar:

  • Kor Perubatan Tentera Darat Myanmar

Dalam Angkatan Tentera Poland:

  • Perkhidmatan Kesihatan Tentera, sebahagian daripada Angkatan Tentera Poland yang menyediakan khidmat kesihatan tentera komprehensif untuk mereka

Dalam Angkatan Bersenjata Singapura:

  • Kor Perubatan Angkatan Bersenjata Singapura, sebuah organisasi tiga perkhidmatan dalam Angkatan Bersenjata Singapura yang menyediakan rawatan perubatan untuk Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara Singapura.

Dalam Angkatan Pertahanan Nasional Afrika Selatan:

  • Perkhidmatan Kesihatan Tentera Afrika Selatan, sebuah Cabang Perkhidmatan (yang berlainan dari Tentera Darat, Tentera Laut atau Tentera Udara), menyediakan khidmat kesihatan komprehensif untuk Angkatan Pertahanan Afrika Selatan

Dalam Angkatan Tentera Persekutuan Rusia:

  • Direktorat Utama Perubatan Tentera

Dalam Angkatan Tentera Jerman (Bundeswehr):

Kor pergigian

Kor pergigian ialah unit pakar tentera, umumnya merangkumi doktor gigi dan dikhususkan untuk memberi rawatan pergigian anggota tentera. Kor pergigian adalah sejenis kor perubatan, dan biasanya didalam kor perubatan organisasi tentera mereka, atau berkaitan dengannya.

Senarai kor pergigian

  • Kor Pergigian Tentera Darat Diraja, sebuah kor pakar Perkhidmatan Perubatan Tentera Darat British
  • Kor Pergigian Tentera Darat Diraja Australia
  • Kor Pergigian Diraja Kanada
  • Kor Pergigian Tentera Darat Diraja New Zealand
  • Kor Pergigian Tentera Darat Amerika Syarikat, sebuah cawangan khas Jabatan Perubatan Tentera Darat Amerika Syarikat
  • Kor Pergigian Tentera Laut Amerika Syarikat
  • Kor Pergigian Tentera Darat (India)
  • Kor Pergigian Tentera Darat (Pakistan)

Lihat juga

  • Kor Simpanan Perubatan, sebuah program awam di Amerika Syarikat
  • Kor Perubatan Antarabangsa (IMC), sebuah organisasi bukan untung kemanusiaan global
  • Kor Kadet Perubatan, sebuah organisasi Seventh-day Adventist
  • l
  • b
  • s
Angkatan tentera
Kombatan
Cabang tentera
  • Tentera angkasa
  • Tentera darat
  • Tentera laut
  • Tentera udara
Ketenteraan
Kategori Ketenteraan