Ketua Marsyal Udara

Ketua Marsyal Udara
Air Chief Marshal

Bendera pemerintah RAF Lencana bahu dan jalur lengan RAF Plat bintang RAF
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Udara UK Tentera Udara Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai Udara
Singkatan Air Chf Mshl/ACM
Diperkenalkan 1 Ogos 1919
Pangkat Empat bintang
Kod
NATO
OF-9
Pangkat tinggi seterusnya

Marsyal Tentera Udara Diraja

Pangkat rendah seterusnya

Marsyal Udara

Persamaan pangkat tentera laut Laksamana (RN)
Persamaan pangkat tentera darat/marin Jeneral (TD/RM)
Ketua Marsyal Udara Sir Richard Johns, Pakaian Istiadat No. 1 RAF

Ketua Marsyal Udara (Air Chief Marshal) ialah pegawai udara berpangkat empat bintang yang berasal daripada Tentera Udara Diraja, dimana ia merupakan pangkat tentera udara paling kanan di masa aman.[1][2] Pangkat tersebut juga telah digunakan oleh banyak tentera udara negara-negara yang mempunyai pengaruh sejarah British dan ia kadangkala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris.

Ketua Marsyal Udara ialah pegawai udara empat bintang dan mempunyai kod pangkat OF-9 NATO.[3] Ketua Marsyal Udara setaraf dengan Laksamana dalam Tentera Laut Diraja atau Jeneral dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Dalam angkatan bersenjata lain, seperti Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Kanada, pangkat empat bintang yang sepadan ialah Jeneral.

Pangkat Ketua Marsyal Udara adalah lebih tinggi daripada pangkat Marsyal Udara tetapi lebih rendah daripada Marsyal Tentera Udara. Ketua Marsyal Udara kadangkala dianggap secara umum sebagai Marsyal Udara.[4]

Ketua-ketua marsyal udara yang terkenal

  • Hugh Dowding, Pasukan Pejuang semasa Pertempuran Britain
  • Lloyd Samuel Breadner, rakyat Kanada pertama memegang pangkat itu[5]
  • Hosni Mubarak, Presiden Mesir dari tahun 1981 hingga 2011[6]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Ranks and Badges of the Royal Air Force". Royal Air Force. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 December 2007. Dicapai pada 1 December 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Air of Authority - A History of RAF Organisation - Glossary".
  3. ^ https://www.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/34838/20101130_narrative_and_payscales.pdf
  4. ^ "Forms Of Address: Air Chief Marshal, Air Marshal and Air Vice-Marshal". Debrett's. Dicapai pada 4 December 2015.
  5. ^ Biography of L. S. Breadner
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Mubarak
  • l
  • b
  • s
Pangkat pegawai bertauliah dalam Angkatan Tentera British
Kod pangkat NATO Pegawai pelatih OF-1 OF-2 OF-3 OF-4 OF-5 OF-6
*
OF-7
**
OF-8
***
OF-9
****
OF-10
*****
Tentera Laut Diraja O Cdt Mid SLt Lt Lt Cdr Cdr Capt Cdre RAdm VAdm Adm Adm of the Fleet
Marin Diraja O Cdt 2Lt Lt Capt Maj Lt Col Col Brig Maj-Gen Lt-Gen Gen Capt-Gen
Tentera Darat O Cdt 2Lt Lt Capt Maj Lt Col Col Brig Maj-Gen Lt-Gen Gen Fd Mshl
Tentera Udara Diraja Off Cdt / SO APO / Plt Off Fg Off Flt Lt Sqn Ldr Wg Cdr Gp Capt Air Cdre AVM Air Mshl Air Chf Mshl Mshl of the RAF
Senarai
  • laksamana muda
  • laksamana madya
  • laksamana
  • jeneral penuh Marin
  • jeneral penuh Tentera Darat British
  • ketua marsyal udara
  • jeneral wanita, bendera dan pegawai udara