Kereta api perisai

Kereta api perisai 'Hurban' bertempat di Zvolen, Slovakia. Ia bukan yang original, tetapi replika yang digunakan dalam filem. Hanya ada dua gerabak original yang masih dipelihara dari kereta api yg lain; ia dipamerkan di Muzium Slovak National Uprising di Banská Bystrica.

Kereta api berperisai ialah sejenis kereta api yang dilindungi oleh perisai. Kereta api berperisai biasanya merangkumi gerabak kereta rel yang dilengkapi dengan artileri, mesingan dan meriam automatik, sesetengah juga mempunyai lubang yang digunakan untuk menembak senjata kecil seperti pistol dan raifal dari bahagian dalam kereta api, ciri-ciri ini terdapat pada versi awal kereta api perisai. Sebahagian besar mereka digunakan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, apabila mereka menawarkan cara inovatif untuk menggerakkan sejumlah besar kuasa tembakan dengan cepat. Kebanyakan negara menghentikan penggunaannya – kenderaan jalan raya menjadi lebih berkuasa dan menawarkan lebih fleksibiliti, dan landasan kereta api terbukti lebih senang terdedah kepada sabotaj dan juga serangan dari udara. Namun, negara Persekutuan Rusia menggunakan kereta api perisai yang diimprovisasi dalam Perang Chechnya Kedua pada 1999–2009.

Lihat juga

  • Senarai kereta api perisai
  • Pertempuran Mokra
  • Meriam kereta api

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Zaloga, Steven J; Bryan, Tony (2008). Armored Trains. Oxford, UK: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84603-242-4.

Pautan luar

  • Finnish armoured trains
  • Soviet armoured trains
  • Russian armoured trains
  • Website on the Polish armoured trains
  • The armored trains that turned the Civil War
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Ukraine
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech