Kegabenoran Gaza

Kegabenoran Gaza
Governorate
Lokasi Kegabenoran Gaza
Country Negara Palestin
Penduduk
 (2017 Census)[1]
 • Jumlah652,597

Kegabenoran Gaza (Arab: محافظة غزة, rumi: Muḥāfaẓat Ġhazzahcode: ar is deprecated ), juga dikenali sebagai Kegabenoran Bandar Gaza, adalah salah satu daripada 16 Kegabenoran Palestin, yang terletak di utara tengah Genting Gaza yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin.

Kegabenoran Gaza bersempadan dengan Kegabenoran Gaza Utara di utara, dengan Kegabenoran Deir el-Balah di selatan, dengan Palestin yang dijajah di sebelah timur, dan Laut Mediterranean di barat.

Gaza dituntut oleh Negara Palestin, tetapi tanah tersebut berada di bawah kawalan Hamas, manakala sempadannya dengan Israel, ruang udara dan wilayah maritim dikawal oleh Angkatan Pertahanan Israel. Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin, penduduk daerah itu ialah 505,700 pada tahun 2006.

Kegabenoran ini terdiri daripada sebuah bandar, tiga pekan, dan beberapa perkampungan dan kem pelarian. Bandar Gaza mengandungi pejabat utama kementerian dan universiti, pusat komersil dan mempunyai rangkaian jalan raya yang menghubungkan semua wilayahnya, dan ia dibahagikan kepada dua jalan utama iaitu Jalan Salahuddin dan Jalan Al-Rasyid.

Politik

Gabenor

  1. Muhammad Salem Arafat al-Qudwa (1996-2014)[2]
  2. Abdullah al-Ifranji (Julai 2014 - Disember 2017)[3]
  3. Ibrahim Abu al-Naja (31 Disember 2017  - 10 Ogos 2023)[4]

Ahli Majlis Perundangan

Berikut ialah senarai wakil rakyat yang memenangi pilihan raya perundangan 2006 di daerah undi Gaza:[5]

  1. Said Seyam (Blok Perubahan dan Pembaharuan)
  2. Ahmed Bahar (Blok Perubahan dan Pembaharuan)
  3. Khalil Al-Hayah (Blok Perubahan dan Pembaharuan)
  4. Mohammed Faraj Al-Ghul (Blok Perubahan dan Pembaharuan)
  5. Jamal Saleh (Blok Perubahan dan Pembaharuan)
  6. Jamal Al-Khudari (Bebas)
  7. Ziad Abu Amr (Bebas)
  8. Husam Tawil (Bebas) - kuota perwakilan Kristian

Lokaliti

Bandar

  • Bandar Gaza

Pekan perbandaran

  • Al-Zahra

Majlis perkampungan

  • Juhor ad-Dik
  • Madinah al-Awda
  • Al-Mughraqa (Abu Middein)

Kem pelarian

  • Al-Shati

Rujukan

  1. ^ "Main Indicators by Type of Locality - Population, Housing and Establishments Census 2017" (PDF). Palestinian Central Bureau of Statistics (PCBS). Dicapai pada 2021-01-19.
  2. ^ "Muhammad Salem Al-Qudwa- (1946-2021)". yaf.ps. Dicapai pada 2023-10-31.
  3. ^ "Palestinians Flee Northern Gaza as a Cease-Fire Appears Elusive". The New York Times. 13 Julai 2014. Dicapai pada 31 Oktober 2023.
  4. ^ "Hamas arrests university president in Gaza, provoking outrage from Palestinians". www.al-monitor.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-29. Dicapai pada 2023-10-31.
  5. ^ "FINAL REPORT ON THE PALESTINIAN LEGISLATIVE COUNCIL ELECTIONS JANUARY 25, 2006" (PDF). NATIONAL DEMOCRATIC INSTITUTE. 2006.

Sumber

  • Tempatan Gabenor Gaza
  • l
  • b
  • s
Kegabenoran di Palestin
Tebing Barat
  • Jenin
  • Tubas
  • Tulkarem
  • Nablus
  • Qalqilyah
  • Salfit
  • Ramallah dan al-Bireh
  • Jericho
  • Baitulmaqdis (Jerusalem)
  • Bethlehem
  • Al Khalil (Hebron)
Genting Gaza

Templat:Kegabenoran Gaza

Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata

Koordinat: 31°31′N 34°27′E / 31.52°N 34.45°E / 31.52; 34.45