Hujjatul-Islam

Hujjat al-Islam (dari Arab: حجة الإسلامcode: ar is deprecated ḥujjatu l-Islām) adalah gelaran kehormatan yang bermaksud ' atap Islam ' , diberikan kepada tokoh Imamiyyah/Jaafariyah Syiah. Ia berasal daripada idea gelaran mujtahid, tetapi sejak permulaan abad kesembilan belas, nama ini berubah dan digunakan semua aliran sejalan dengan pembuatan gelaran baru iaitu Ayatollah untuk tokoh Syiah yang lebih hebat.

Gelaran Hujjatu l-Islām wa l-Muslimīn dianugerahkan untuk tokoh kelas menengah.

Pendidikan Hujjatul Islam

Pelajar Hawza memulakan pembelajaran dengan pelajaran fekah, kalam, hadis tafsir, falsafah dan Bahasa Arab. Selepas menguasai kesemua matapelajaran dalam level ini dianugerahkan gelaran Hojatuleslam dan boleh memulakan menjadi mujtahid dengan mempelajari kitab yang dipanggil sath dan kajian yang dipanggil kharij.

Hojatuleslam yang Terkenal

  • Mohammad Khatami, presiden kelima Iran
  • Mohammad Javad-Bahonar, perdana menteri ketiga Iran
  • Ali Akbar Hashemi Rafsanjani, presiden keempat Iran
  • Hassan Rowhani, ahli Majlis Keselamatan Tertinggi Iran
  • Mehdi Karroubi, pengerusi Majlis Iran
  • Ali Akbar Nateq-Nuri, juga pengerusi Majlis Iran
  • Muqtada al-Sadr, ulama besar Iraq
  • Hassan Nasrallah, pemimpin Hezbollah di Lubnan