Hanis Kamal Bakar

Hanis Kamal Bakar
Kelahiran
Muhammad Hanis bin Kamaruldzaman

(1989-02-11) 11 Februari 1989 (umur 35)
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
PendidikanIjazah jurusan Diploma Teater (Pengarahan)
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1994–kini
PasanganDian Zman (k. 2017)
Anak-anak1
IbuSarina Shariff
BapaAllahyarham Kamal Bakar

Hanis Kamal Bakar (lahir Muhammad Hanis Kamaruldzaman; 11 Februari 1989) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau berprolifik sebagai pelakon kanak-kanak pada era 1990-an dan telah membintangi sejumlah filem dan drama sepanjang kerjayanya. Beliau ialah anak kepada pelakon veteran, Kamal Bakar.[1][2]

Kerjaya

Hanis Kamal memulakan kerjaya seninya pada usia 5 tahun setelah bapanya, pelakon veteran terkenal, Kamal Bakar sering membawanya ke lokasi penggambaran,[1][3] sekaligus menerima tawaran berlakon drama pertamanya, Sebening Syawal. Sejak itu, beliau terus bergiat aktif dalam drama dan filem.[2]

Kehidupan peribadi

Hanis Kamal dilahirkan pada 11 Februari 1989 di Hospital Besar Melaka, Melaka dan mempunyai adik-beradik seramai 5 orang yang mana beliau ialah anak sulung. Beliau ialah pemegang ijazah jurusan Diploma Teater (Pengarahan) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 2007.[2]

Beliau berkahwin dengan Dian Zman pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.[4]

Filemografi

Senarai ini tidak lengkap; bantulah Wikipedia untuk memperkembangnya.

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Senario The Movie Ops Pocot Peragut Filem Pertama
2013 Gila-Gila Remaja 2 Kris

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Momok 3 Hanis Video CD
2005 Sutun Syukri Astro Ria
2010 Denai Berbisik
2010 Doa Ke Syurga
2013 Banglo Seksyen 2
2014 Disleksia
Bibah Bling Bling
2015 Aidil dan Adha
2016 Derhaka
Cinta Bantal Busuk
2017 Aku Mahu Hidup

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995 Sebening Syawal
2005 Anak Penarik Beca
2011 6 Progresif Budak Baru TV9
2012 Miang Buluh Keladi Birah
2013 Seindah Sabarmu Adam TV9
2014 Kerambit
2015 Cikgu
Street Vendetta Furqan TV2
2018 Cinta Lemon Madu Fariz TV3
2019 Aurora Aisyah Zafran TV1 Zafran zaman sekolah


Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2006 Anugerah Seri Angkasa 2006 Pelakon Pembantu Terbaik Dirinya sendiri Anak Penarik Beca Menang
2010 Anugerah Seri Angkasa 2010 Denai Berbisik Menang
2013 Anugerah Tribute P. Ramlee Miang Buluh Keladi Menang

Rujukan

  1. ^ a b Hellinie Sina (16 Jun 2013). "Minat dunia seni sejak kecil". Metro Ahad. Dicapai pada 26 Ogos 2019.
  2. ^ a b c "Pernah kecewa dengan industri". Perak Today. 12 Mei 2014. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  3. ^ Hellinie Sina (14 Jun 2013). "Hanis ikut jejak ayah". Harian Metro. Dicapai pada 26 Ogos 2019.
  4. ^ Deel Anjer (19 Ogos 2020). "HANIS KAMAL BAKAR Timang Anak Lelaki, BABY T". WilayahKu. Dicapai pada 26 Ogos 2020.

Pautan luar