Formasi Setul

Formasi Setul merupakan satu formasi batuan berusia Ordovisi Awal hingga Devon Tengah yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan merupakan formasi batu kapur yang tertua di Malaysia.

Formasi Setul kini telah dinaiktaraf menjadi Kumpulan Setul yang terdiri daripada Batu Kapur Kaki Bukit, Formasi Tanjung Dendang, Batu Kapur Mempelam dan Formasi Timah Tasoh.

Asal-usul Nama

Nama formasi batuan ini mula diperkenalkan oleh Jones (1961) bersempena nama wilayah Setul (kini dipanggil Satun) di Thailand di mana formasi batuan ini turut ditemui.

Taburan

Formasi Setul bertaburan dengan meluas dari Tanjung Rhu hingga utara Pulau Dayang Bunting serta sebahagian kecil Teluk Kubang Badak di Langkawi.

Komposisi Batuan

Jones (1978) mengelaskan formasi ini kepada 5 ahli iaitu Batu Kapur Dasar, Batu Kapur Setul Bawah, Ahli Detrital Bawah, Batu Kapur Setul Atas dan Ahli Detrital Atas[1].

MT-JGSC (2015) mengelaskan semula Formasi Setul kepada 3 ahli dengan menaiktaraf Ahli Detrital Atas sebagai sebahagian Formasi Jentik[2].

Pada masa kini, Formasi Setul telah digunapakai sebagai Kumpulan Setul dan ahli-ahli batuannya dinaik taraf kepada Batu Kapur Kaki Bukit, Formasi Tanjung Dendang, Batu Kapur Mempelam dan Formasi Timah Tasoh, manakala Ahli Detrital Atas turut dinaiktaraf sebagai Formasi Timah Tasoh.

Bil Pengelasan oleh Jones (1981) Pengelasan oleh Meor (2013) Pengelasan oleh MT-JGSC (2015)
Ahli Ciri-ciri Formasi Ahli Ciri-ciri
1 Batu Kapur Dasar Batu kapur kelabu berlapisan tebal dengan tompokan bersilika yang banyak. Terdapat span dan nautiloid tersilisifikasi yang terawet teruk. Batu Kapur Kaki Bukit Ahli Kaki Bukit Batu kapur kelabu berlapisan tebal dengan lapisan berfosil. Stilolit dan laminar tidak seragam biasa ditemui. Bahagian dasar terdiri daripada batu kapur tebal yang berselang lapis dengan batu lodak.
2 Batu Kapur Setul Bawah Batu kapur kelabu gelap berlapisan tebal dengan fosil cangkerang bertaburan. Stilolit dan laminar tidak seragam biasa ditemui.
3 Ahli Detrital Bawah Formasi Tanjung Dendang Ahli Tanjung Dendang Batu lodak, syal dan rijang berwarna hitam kegelapan yang berlapisan baik dengan kehadiran fosil graptolit, trilobit dan fosil cangkerang.
4 Batu Kapur Setul Atas Batu Kapur Mempelam Ahli Mempelam Batu kapur kelabu gelap yang berlapisan tebal dan kurang berfosil.
5 Ahli Detrital Atas Formasi Timah Tasoh (Dimasukkan sebagai Unit Bawah Formasi Jentik)

Rujukan

  1. ^ Jones, C.R., Geology and mineral resources of Perlis, North Kedah and the Langkawi Islands, Memoir 17, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia, 1978
  2. ^ The Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee, MT-JGSC, Geological Conservation and Geological Tourism in Langkawi - Tarutao Islands, Geological Papers Volume 13, 2015
  • l
  • b
  • s
Geologi Sedimen Semenanjung Malaysia
Kepulauan Langkawi
Kumpulan Machinchang
  • Formasi Anak Datai
  • Formasi Chinchin
  • Formasi Hulor
  • Formasi Jemuruk
Kumpulan Setul
  • Formasi Kaki Bukit
  • Formasi Mempelam
  • Formasi Tanjung Dendang
Lain-lain
  • Formasi Jentik
  • Formasi Jong
  • Formasi Rebak
  • Formasi Singa
  • Lapisan Payar
Formasi lama
Jalur Barat
Jalur Tengah
  • Batu Kapur Gunung Senyum
  • Batu Pasir Bertangga
  • Batu Pasir Buloh
  • Batu Pasir Gerek
  • Batu Pasir Lotong
  • Formasi Aring
  • Formasi Bera
  • Formasi Gua Musang
  • Formasi Gunung Rabong
  • Formasi Jurong
  • Formasi Kaling
  • Formasi Karak (lama)
  • Formasi Koh
  • Formasi Ma'okil
  • Formasi Mangga
  • Formasi Paloh
  • Formasi Sokor
  • Formasi Tekai
  • Formasi Telom
  • Formasi Telong
  • Konglomerat Badong
  • Konglomerat Gunung Ayam
  • Kumpulan Bentong (lama)
  • Kumpulan Gagau
  • Kumpulan Gua Musang
  • Kumpulan Lipis (lama)
  • Kumpulan Raub
  • Kumpulan Tembeling
  • Lapisan Hulu Lepar
  • Lapisan Kepis
  • Lapisan Kambing
  • Lapisan Panau
  • Lapisan Seri Jaya
  • Marmar Nilam
  • Rijang Gombak
  • Rijang Langkap
  • Syis Jelebu
  • Syis Pilah
  • Syis Taku
  • Syis Tiang
Jalur Timur
  • Batu Kapur Biwah
  • Batu Pasir Lesong
  • Formasi Bukit Keluang
  • Formasi Charu
  • Formasi Dohol
  • Formasi Kempadang
  • Formasi Linggu
  • Formasi Pinang
  • Formasi Redang
  • Konglomerat Kapas
  • Konglomerat Tumbu Kili
  • Kumpulan Taweh
  • Kumpulan Kuantan (lama)
  • Lapisan Pinang
  • Lapisan Redang
  • Lapisan Sungai Perlis
  • Lapisan Ulu Endau
Geologi Paleogen - Neogen
Geologi Kuaterner