Duke Windsor

Lambang Duke Windsor

Duke Windsor (Inggeris: Duke of Windsor) ialah gelaran yang dikurniakan kepada Edward VIII yang pernah menjadi Raja United Kingdom. Baginda menjadi Duke Windsor selepas baginda melepaskan takhta pada tahun 1936. Gelaran itu berasal dari bandar bernama Windsor, di mana Istana Windsor terletak. Istana ini telah menjadi rumah bagi raja-raja Inggeris sejak dahulu lagi. Keluarga diraja telah dikaitkan dengan nama Windsor sejak 1917 iaitu Wangsa Windsor.

Sejarah

Raja Edward VIII menyerahkan takhtanya pada tahun 1936 supaya baginda boleh berkahwin dengan Wallis Simpson, seorang sosialit berasal dari Amerika Syarikat. Selepas baginda turun takhta, timbul tanda tanya berhubung gelaran yang sepatutnya baginda ada.[1] Paduka adinda baginda, Raja George VI, mencadangkan untuk memanggil paduka kekandanya itu "Duke Windsor".[2] Ini disahkan dalam dokumen rasmi yang dipanggil London Gazette.[3] Edward tidak dapat menyertai politik kerana gelaran baharu baginda. Pada tahun 1937, baginda berkahwin dengan Wallis, yang menjadi Duchess Windsor. Mereka kebanyakannya bersemayam di Paris, kecuali ketika Edward menjadi Gabenor Bahamas. Semasa Perang Dunia Kedua, mereka berpindah ke Sepanyol, Portugal, dan kemudian Bahamas. Selepas perang, mereka menghabiskan masa di Paris dan Amerika Syarikat, terutamanya menikmati Hotel Waldorf Astoria di New York. Edward mengalami masalah kesihatan dan mangkat akibat kanser pada tahun 1972. Memandangkan baginda tidak mempunyai anak, gelaran Duke Windsor berakhir dengan kemangkatan baginda. Ratu Elizabeth II telah memutuskan untuk tidak mencipta semula gelaran itu semasa pemerintahannya.[4]

Duke Potret Keputeraan Perkahwinan Kemangkatan
Putera Edward
Wangsa Windsor
1937–1972
Putera Edward 23 Jun 1894
anakanda sulung Raja George V dan Permaisuri Mary
Wallis Simpson
3 Jun 1937
28 Mei 1972
(usia 77 tahun)

Rujukan

  1. ^ Versi ini diceritakan dalam memoir Edward A King's Story
  2. ^ "No. 34349". The London Gazette. 12 Disember 1936. m/s. 8111.
  3. ^ "No. 34350". The London Gazette. 15 Disember 1936. m/s. 8115.
  4. ^ Mackinley, Catherine (2022-09-14). "Who was the Duke of Windsor and why did nobody inherit the title?". Berkshire Live. Dicapai pada 2022-10-11.
  • l
  • b
  • s
Rencana United Kingdom 
Sejarah
Garis masa
Mengikut topik
  • Ekonomi
  • Empayar
  • Hubungan luar negeri
  • Maritim
  • Ketenteraan
Geografi
Fizikal
Sumber
  • Bahan
    • Flora
    • Perhutanan
    • Perlombongan
  • Makanan
  • Pemburuan
  • Tenaga
    • Arang batu
    • Minyak Laut Utara
    • Peretakan hidraulik
  • Tenaga boleh diperbaharui
    • Angin
    • Biodiesel
    • Geoterma
    • Hidroelektrik
    • Laut
    • Suria
Politik
Pentadbiran
Kerajaan
Ketenteraan
Ekonomi
Masyarakat
  • Cuti umum
  • Dasar dadah
  • Jagaan kesihatan
  • Jagaan sosial
  • Jenayah
  • Kemampuan perumahan
  • Kemiskinan
  • Pendidikan
  • Reka cipta dan penemuan
  • Struktur sosial
Budaya
  • Agama
  • Identiti
  • Kesenian
  • Kesusasteraan
  • Masakan
  • Media
  • Muzik
  • Perfileman
  • Simbol
  • Sukan
  • Teater
Demografi
England
Ireland Utara
  • Agama
  • Budaya
  • Ekonomi
    • pelancongan
  • Geografi
  • Jagaan kesihatan dan sosial
  • Pendidikan
  • Politik
    • Dewan Perhimpunan
    • Eksekutif
    • Menteri Pertama dan timbalan
  • Sejarah
    • garis masa
  • Simbol
  • Undang-undang
Scotland
Wales
  • Agama
  • Budaya
  • Ekonomi
    • pelancongan
  • Geografi
  • Jagaan kesihatan
  • Pendidikan
  • Politik
    • Kerajaan
    • Menteri Pertama
    • Perhimpunan Kebangsaan
  • Sejarah
    • garis masa
  • Simbol
  • Undang-undang
  • Kategori
  • Portal