Daerah Baling

Daerah Baling is located in Bumi
Daerah Baling
Daerah Baling (Bumi)
Koordinat: 5°40′N 100°55′E / 5.667°N 100.917°E / 5.667; 100.917Koordinat: 5°40′N 100°55′E / 5.667°N 100.917°E / 5.667; 100.917Negara MalaysiaNegeri KedahPusatBalingPihak berkuasa tempatanMajlis Daerah BalingPentadbiran
 • Pegawai daerahMohd Shahadan AbdullahKeluasan • Jumlah1,530 km2 (590 batu persegi)Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah142,643 • Kepadatan93/km2 (240/batu persegi)Zon waktuUTC+8 (MST) • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)Poskod
09xxx
Kod panggilan+6-044Nombor plat kenderaanK

Baling (Jawi: باليڠcode: ms is deprecated ) ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, Kuala Muda di sebelah barat, Sik di utara, negeri Perak di sebelah tenggara dan negara Thailand di sebelah timur laut. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak 1,530 kilometer persegi dan menjadi daerah yang kedua terbesar di Kedah selepas daerah Sik.

Sejarah

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong yang telah dikepung oleh rakyat kerana tabiatnya yang gemar memakan darah manusia. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.

Nama Baling juga dikaitkan dengan orang Siam dan Burma yang berhijrah ke daerah ini kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka juga telah menjalankan aktiviti pertanian di kawasan ini. Namun pada suatu hari, kebun mereka telah diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka lalu kembali ke Gunung Balik. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling".

Mukim

Peta daerah Baling

Terdapat lapan mukim di daerah Baling iaitu:[3]

  1. Mukim Siong
  2. Mukim Bongor
  3. Mukim Baling
  4. Mukim Pulai
  5. Mukim Kupang
  6. Mukim Tawar
  7. Mukim Teloi Kanan
  8. Mukim Bakai

Pihak berkuasa tempatan

Daerah Baling ditadbir oleh Majlis Daerah Baling yang berpusat di Bandar Baling.

Kawasan persekutuan dan negeri

Daerah Baling dirangkumi satu kawasan persekutuan iaitu Baling dan tiga kawasan negeri iaitu Bayu, Kupang dan Kuala Ketil.

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Baling ialah seramai 142,643 orang dengan kepadatan penduduk 93 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah Baling merupakan Bumiputera, dengan peratusan 92.1 peratus daripada jumlah penduduk.[2]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[2]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 128,748
Cina 4,218
India 4,517
Lain-lain 2,265
Bukan warganegara - 2,895
Jumlah 142,643

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Baling. Terdapat sebanyak 78 buah sekolah di daerah ini, iaitu 44 buah sekolah kebangsaan (SK), 18 sekolah jenis kebangsaan (SJK), 12 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK), dua buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sebuah sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sebuah sekolah model khas.[4] Daerah Baling juga mempunyai 11 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan

  1. ^ "JPS Kominiti Baling Profil" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2016-07-29.
  2. ^ a b c Malaysia, Department of Statistics. "Baling Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my. Dicapai pada 2023-12-16.
  3. ^ "Profil Daerah" (PDF). Dicapai pada 23 Julai 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Sekolah di PPD Baling | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar

  • Baling Diarkibkan 2006-05-18 di Wayback Machine, daripada laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia
  • l
  • b
  • s
Bandar Utama
Bandar Membangun
Bandar Baru
Pekan / Mukim
Pulau
Sungai
Gunung
Tasik
Gua
PBT
Zon Khas
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P004 Langkawi
N01 Ayer Hangat
N02 Kuah

P005 Jerlun
N03 Kota Siputeh
N04 Ayer Hitam

P006 Kubang Pasu
N05 Bukit Kayu Hitam
N06 Jitra

P007 Padang Terap
N07 Kuala Nerang
N08 Pedu

P008 Pokok Sena
N09 Bukit Lada
N10 Bukit Pinang
N11 Derga

P009 Alor Setar
N12 Suka Menanti
N13 Kota Darul Aman
N14 Alor Mengkudu

P010 Kuala Kedah
N15 Anak Bukit
N16 Kubang Rotan
N17 Pengkalan Kundor

P011 Pendang
N18 Tokai
N19 Sungai Tiang

P012 Jerai
N20 Sungai Limau
N21 Guar Chempedak
N22 Gurun

P013 Sik
N23 Belantek
N24 Jeneri

P014 Merbok
N25 Bukit Selambau
N26 Tanjong Dawai

P015 Sungai Petani
N27 Pantai Merdeka
N28 Bakar Arang
N29 Sidam

P016 Baling
N30 Bayu
N31 Kupang
N32 Kuala Ketil

P017 Padang Serai
N33 Merbau Pulas
N34 Lunas

P018 Kulim-Bandar Baharu
N35 Kulim
N36 Bandar Baharu

  • l
  • b
  • s
Bandar
Mukim dan
kampung
Bakai
Baling
Bongor
Kupang
Pulai
Siong
Tawar
Teloi Kanan
Pekan
Pengangkutan
Jalan persekutuan
Jalan negeri
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek