Arkea

Arkea
Julat zaman: Paleoarkean atau mungkin Eoarkean – Saat ini
Pha.
Proterozoik
Arkean
Had.
</noinclude>
Halobacteria sp. strain NRC-1,
setiap sel kira-kira panjangnya 5 μm
Pengelasan saintifik
Domain:
Archaea

Woese, Kandler & Wheelis, 1990
Alam [1] dan filum[2]
  • Euryarchaeota Woese et al. 1990
    • Aenigmarchaeota Rinke et al. 2013
    • Diapherotrites Rinke et al. 2013
    • Euryarchaeota Garrity & Holt 2002
    • Nanoarchaeota Huber et al. 2002
    • Nanohaloarchaeota Rinke et al. 2013
    • Parvarchaeota Rinke et al. 2013
  • Proteoarchaeota Petitjean et al. 2014
    • Aigarchaeota Nunoura et al. 2011
    • Bathyarchaeota Meng et al. 2014
    • Crenarchaeota Garrity & Holt 2002
    • Geoarchaeota Kozubal et al. 2013
    • Korarchaeota Barns et al. 1996
    • Lokiarchaeota Spang et al. 2015
    • Thaumarchaeota Brochier-Armanet et al. 2008
Sinonim

Archaebacteria Woese & Fox, 1977

Arkea (bahasa Greek: αρχαία yang bermaksud "yang tua"), juga dikenali sebagai arkeabakteria, merupakan satu divisi organisma hidup yang utama. Walaupun filogeni yang tepat masih tidak dapat dipastikan untuk kumpulan-kumpulan ini, Arkea, Eukariot, dan Bakteria merupakan kelas asas dalam apa yang digelarkan sistem tiga domain. Serupa dengan bakteria, Arkea merupakan organisma unisel yang tidak mempunyai nukleus dan oleh itu, dikelaskan sebagai Prokariot — dikenali sebagai Monera dalam taksonomi lima alam. Pada asalnya, Arkea hanya didapati di persekitaran keterlaluan, tetapi kini terdapat di semua jenis habitat Arkea telah dikenal pasti pada tahun 1977 oleh Carl Woese dan George Fox berdasarkan pemisahannya daripada prokariot yang lain dalam pohon filogentik rRNA 16S. Pada mulanya, kedua-dua kumpulan masing-masing dinamakan Arkeabakteria dan Eubakteria, dan diolahkan sebagai alam atau subalam yang diistilahkan oleh Woses dan Fox sebagai "Uralam" (Urkingdom). Woese menghujahkan bahawa Arkea pada dasarnya merupakan satu cabang hidupan yang berlainan. Beliau kemudian menamakan semula kumpulan Arkea dan kumpulan Bakteria untuk menegaskan perkara ini, dan memperdebatkan bahawa bersama-sama dengan Eukariot, Arkea merupakan salah satu daripada tiga domain hidupan.

Istilah biologi Arkea harus tidak dikelirukan dengan frasa geologi lain iaitu "eon Arkean" yang juga dikenali sebagai Era Arkeozoik. Istilah kedua ini merujuk kepada zaman primordium dalam sejarah bumi ketika Arkea dan Bakteria kedua-dua merupakan organisma bersel yang tunggal di planet ini. Fosil-fosil yang mungkin berasal daripada mikrob ini telah ditarikhkan hampir 3.8 bilion tahun dahulu (3,800 juta tahun dahulu).

Rujukan

  1. ^ Petitjean, C., Deschamps, P., López-García, P., and Moreira, D. (2014). "Rooting the Domain archaea by phylogenomic analysis supports the foundation of the new kingdom proteoarchaeota". Genome Biol. Evol. 7: 191–204.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "NCBI taxonomy page on Archaea". Cite journal requires |journal= (bantuan)

Bacaan tambahan

Pokok filogenetik berdasarkan data rRNA yang menunjukkan pemisahan bakteria, arkea, dan eukariot.
  • Arkea
  • ArchaeaWeb oleh UNSW - maklumat mengenai Arkea
  • Pengenalan Arkea, ekologi, sistematik dan morfologi
  • Arkea dalam Ensiklopedia Astrobiologi, Astronomi, & Penerbangan Angkasa Luar
  • Pembioprospekan ekstremofil untuk antimikrob, Dr Sarah Maloney – Sedutan: "...penemuan baru untuk penyelidikan ekstremofil masih berterusan pada hari ini, dengan penemuan asid amino terkod genetik ke-22 yang baru-baru ini — pirolisin — daripada arkea, Methanosarcina barkeri, (Hao et al., 2002; Srinivasan et al., 2002)...."
  • Berita BBC 21 Julai 21, 1999: Pepijat yang paling tahan lasak mendedahkan rahsia-rahsia genetik – Sedutan: "...[Pyrococcus abyssi] menyukai keadaan-keadaan yang kebanyakan organisma lain tidak dapat hidup. Organisma ini suka akan suhu di lingkungan 103° Celsius dan tekanan sebanyak kira-kira 200 atmosfera...."
  • Pyrococcus abyssi: Laman web Genoscope
  • Mininjau sebarang genom arkea yang siap di UCSC