Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya
PengarahEyra Rahman
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
  • Adi Putra
  • Nora Danish
SinematografiAreel Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
Metrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 11 Oktober 2012 (2012-10-11) (Malaysia)
Masa tayangan
87 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 2.75 juta

Aku Terima Nikahnya merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2012 yang ditayangkan pada 11 Oktober 2012 di Malaysia arahan Eyra Rahman.

Sinopsis

Aku Terima Nikahnya mengisahkan perjalanan cinta tragis antara Johan dan Arlisa. Selepas diijabkabulkan mereka menjalani kehidupan yang begitu bahagia kerana masing-masing dipertemukan atas dasar cinta yang mendalam. Namun ajal maut, jodoh dan takdir itu di tangan Tuhan apabila pasangan romantis ini dilanda dugaan terbesar dalam hidup mereka.

Johan terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkannya mengalami Selective Amnesia (lupa ingatan) selepas kepalanya terhantuk kuat. Apabila sedar daripada koma, Johan hanya ingat kisah hidupnya hingga tarikh sambutan majlis hari jadinya yang ke-31 yang ketika itu dia belum lagi bertemu isterinya, Arlisa. Kesannya, Johan tidak mengenali Arlisa dan bermulalah konflik antara mereka.

Pelakon

  • Adi Putra sebagai Johan
  • Nora Danish sebagai Arlisa
  • Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Mansur
  • Azizah Mahzan sebagai Rohaya
  • Dian P. Ramlee sebagai Maria
  • Alex Yanz sebagai Yusry
  • Mon Ryanti sebagai Suraya
  • Zalif Sidek sebagai Suami
  • Siti Aziz sebagai Isteri
  • Diana Amir sebagai Doktor
  • Boy Iman sebagai Kawan Johan
  • Kamal Faridz sebagai Azim

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar