Abdul Manan Ismail

Yang Hormat Dato' Sri

Abdul Manan Ismail

SSAP, DSAP, DIMP (Pahang)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Paya Besar
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 12 Februari 2018
Didahului oleh Siti Zaharah Sulaiman
Digantikan oleh Mohd Shahar Abdullah
Majoriti8,503 (PRU-12)
7,715 (PRU-13)
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang untuk Panching
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehKawasan dicipta daripada DUN Penur
Digantikan oleh Mohd Zaili Besar
Butiran peribadi
Lahir(1948-06-28)28 Jun 1948
Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia12 Februari 2018(2018-02-12) (umur 69)
Hulu Kelang, Selangor
Sebab kematianSerangan jantung
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
KediamanTaman Melawati, Hulu Kelang, Selangor
PekerjaanAhli Politik

Dato' Sri Abdul Manan bin Ismail (28 Jun 1948 – 12 Februari 2018)[1] ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Paya Besar selama dua penggal (2008-2018) dan mantan ADUN Panching selama sepenggal (2004-2008).

Dalam Pilihan raya 2004, Abdul Manan Ismail (UMNO) menang bertanding di DUN Panching Pahang. Beliau mendapat 7527 undi. Sementara Yusof Embong (PAS) mendapat 3780 undi.[2]

Pada 9 Julai 2011, Abdul Manan menyampaikan netbook 1Malaysia kepada 350 pelajar tidak berkemampuan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lembing di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang. Hampir 2,000 netbook 1Malaysia bernilai RM2 juta telah diagihkan kepada pelajar tidak berkemampuan di Parlimen Paya Besar.[3]

Rujukan

  1. ^ "Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia". Sinar Harian. 12 February 2018. Dicapai pada 13 February 2018.
  2. ^ [Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia.]
  3. ^ "Tidak wajar jual netbook 1Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-14. Dicapai pada 2011-11-28.