Abdul Jalil Hassan

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' (Dr.) Haji

Abdul Jalil Hassan

PSM; DPMJ, PIS (II) (Johor)
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
Dalam jawatan
1970–1990
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehDato' Syeikh Abdul Halim Othman
Mufti Negeri Johor
Dalam jawatan
1962–1964
Didahului olehDato' Syed Alwi Tahir al-Haddad
Digantikan olehDato' Haji Abdul Rahim Yunus
Butiran peribadi
Lahir(1912-01-10)10 Januari 1912
 Muar, Johor, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia21 Mei 1990(1990-05-21) (umur 78)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Alma materUniversiti al-Azhar
PekerjaanUlama, Pensyarah

Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Abdul Jalil bin Haji Hassan (10 Januari 1912 – 21 Mei 1990) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang pertama (1970–1990) dan Mufti Negeri Johor (1962–1964).

Latar Belakang dan Pendidikan

Tan Sri Dato' Abdul Jalil Hassan dilahirkan pada 10 Januari 1912M (Syawal 1332H) di Kampung Serom, Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Johor. Pada tahun 1925 hingga 1927, beliau menyambung pengajian di Royal Inggeris School Singapura. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke Maahad Al-Azhari Bil Jamik Al-Azhar As Syarif Fil Kasam Al Ibtidai’ dan Sanawi di Kaherah, Mesir (1930-1938). Kemudian beliau menyambung pengajian di Kuliyyah Usuluddin, Universiti al-Azhar dan berjaya memperolehi Syahadah Al-A’Liyah Kuliah Usuluddin al-Azhar pada tahun 1944. Akibat peperangan Jepun dengan Malaya, beliau tidak dapat pulang ke tanahair dan tertahan  di Mesir sehingga Disember 1946.[1]

Kerjaya dan Sumbangan Kepada Masyarakat

Kerjaya awal beliau bermula pada tahun 1947 apabila dilantik sebagai Penolong Mufti Johor dan jawatan tersebut dipegang selama hampir 15 tahun. Pada tahun 1962 beliau dilantik sebagai Mufti Johor selama 3 tahun. Pada September 1964,  beliau memohon untuk meletakkan jawatan sebagai Mufti Johor kerana diperlukan sebagai Mudir Kolej Islam Klang menggantikan Dr. Muhammad Abd. Rauf dari Mesir yang habis tempoh pada awal Oktober 1964.

Tan Sri Abdul Jalil Hassan ialah antara individu yang berusaha keras menjadikan Kolej Islam sebagai Universiti Islam. Akhirnya pada tahun 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan dengan persetujuan Menteri Pelajaran Malaysia dan Majlis Kolej Islam dinaik taraf sebagai Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan.

Beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan April 1970 hingga akhir bulan Disember 1972 dan menjadi Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah pada awal tahun 1973 hingga April 1978. Beliau bersara dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada Mei 1978. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Tertinggi Rabitah al-Alam al-Islami di Mekah sejak tahun 1965 hingga akhir hayat.

Antara buku-buku dan risalah yang telah ditulis oleh beliau ialah Falsafah dan pengetahuan Islam (Dewan Bahasa dan Pustaka), Isra’ dan Mikraj sejajar dengan kemajuan sains, Orang-orang Islam Turkistan di belakang Tabir Besi, Cara menentukan anak bulan dengan cara Ru’yah dan hisab.

Meninggal dunia

Tan Sri Dato' Abdul Jalil Hassan telah kembali ke Rahmatullah pada 21 Mei 1990 dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Anugerah

Kehormatan Malaysia

Rujukan

  1. ^ http://www.ukm.my/fpi/tan-sri-dato-abd-jalil-bin-hj-hassan/

Pautan luar

  • ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRI (1914–1990) - Dewan Bahasa & Pustaka
  • Abu Hanifah Haris, "Daripada Mufti Johor Ke Pengetua Kolej Islam Malaya - Sumbangan Abdul Jalil Hassan Dalam Mengukuhkan Kedudukan Islam dan Umat Islam Sehingga Tahun 1970", MALAYSIA dari segi SEJARAH WALAYSIA IN HISTORY - KDN PP L2631512015 rSSN L67s-0594 BIL.43-201s, Dirujuk 04 Disember 2018
  • l
  • b
  • s
Kepimpinan Islam Peringkat Persekutuan di Malaysia
Ketua Agama Islam Peringkat Persekutuan : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman (1968-1970)
  2. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  3. Hussein Onn (1976-1981)
  4. Mahathir Mohamad (1981-2003)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  6. Najib Razak (2009-2018)
  7. Mahathir Mohamad (2018-2020)
  8. Muhyiddin Yassin (2020-2021)
  9. Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Sultan Sharafuddin Idris Shah (2022-kini)
Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Asri Muda (1973-1976)
  2. Mohamed Nasir (1978-1982)
  3. Abdullah Ahmad Badawi (1982-1984)
  4. Abdul Ajib Ahmad (1986-1987)
  5. Mohd Yusof Noor (1987-1990)
  6. Abang Abu Bakar Abang Mustapha (1990-1995)
  7. Abdul Hamid Othman (1995-1999)
  8. Abdul Hamid Zainal Abidin (2001-2004)
  9. Abdullah Md. Zin (2004-2008)
  10. Ahmad Zahid Hamidi (2008-2010)
  11. Jamil Khir Baharom (2010-2018)
  12. Mujahid Yusuf Rawa (2018-2020)
  13. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2020-2021)
  14. Idris Ahmad (2021-2022)
  15. Mohd Na'im Mokhtar (2022-kini)
Timbalan Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Wan Abdul Kadir Ismail (1973-1974)
  2. Kamaruddin Mohamed Isa (1974-1982)
  3. Anwar Ibrahim (1982-1983)
  4. Mohd Yusof Noor (1984-1987)
  5. Abdul Hamid Othman (1990-1995)
  6. Mashitah Ibrahim (2008-2013)
  7. Asyraf Wajdi Dusuki (2015-2018)
  8. Fuziah Salleh (2018-2020)
  9. Ahmad Marzuk Shaary (2020-2022)
  10. Zulkifli Hasan (2023 - kini)
Ketua Hakim Syarie
  1. Sheikh Ghazali Abdul Rahman (1998-2009)
  2. Ibrahim Lembut (2009-2017)
  3. Mukhyuddin Ibrahim (2017-2019)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (2019-2022)
  5. Mohd Amran Mat Zain (2023 - kini)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
  1. Abdul Jalil Hassan (1970-1990)
  2. Abdul Halim Othman (1991-1992)
  3. Tajudin Abdul Rahman (1994-1999)
  4. Ismail Ibrahim (2000-2005)
  5. Abdul Shukor Husin (2005-2017)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2017-2022)
  7. Nooh Gadut (2022-kini)
Mufti Wilayah Persekutuan
  1. Abdul Mohsein Salleh (1971-1984)
  2. Othman Ibrahim (1986-1991)
  3. Abdul Kader Talip (1991-1997)
  4. Md Hashim Yahaya (1997-2003)
  5. Mohammad Yusoff Hussain (2003-2006)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2006-2014)
  7. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2014-2020)
  8. Luqman Abdullah (2020-kini)
Imam Besar Masjid Negara