Ürümqi

Ürümqi
乌鲁木齐
ئۈرۈمچی
Bandar raya
乌鲁木齐市
Transkripsi Uyghur
 • Uyghur Ereb Yéziqiئۈرۈمچی
 • Uyghur Latin YéziqiÜrümchi
 • Yengi YeziķÜrümqi
 • sebutan IPA[yrymˈtʃɨ]
 • TurkiUrumçi
Transkripsi Cina
 • Tulisan Cina Ringkas乌鲁木齐
 • Tulisan Cina Tradisional烏魯木齊
 • PinyinWūlǔmùqí
Dari atas: Pemandangan panorama pusat perniagaan Ürümqi, Gunung Merah (Hong Shan), Pasar Malam Ürümqi, pemandangan Tian Shan dari Ürümqi
Dari atas: Pemandangan panorama pusat perniagaan Ürümqi, Gunung Merah (Hong Shan), Pasar Malam Ürümqi, pemandangan Tian Shan dari Ürümqi
Negara Republik Rakyat China
Kawasan AutonomiXinjiang
Bahagian peringkat daerah8
Pentadbiran
 • Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis ChinaLi Zhi (栗智code: zh is deprecated )
 • Datuk BandarJila Isamuddin (timbalan)
Keluasan
 • Jumlah10,989 km2 (4,243 batu persegi)
Penduduk
 (2005)
 • Jumlah2,681,834
 • Kepadatan240/km2 (630/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai China)
Poskod
830000
Kod kawasan991
Awalan nombor pendaftaran新Acode: zh is deprecated
KDNK (2008)CNY 102 bilion
 - per kapitaCNY 43,211
ISO 3166-2CN-65-01
Laman sesawangwww.urumqi.gov.cn (Cina)

Urumchi atau Ürümqi (disebut "u-rum-ci" bahasa Uyghur: ئۈرۈمچی‎, Ürümchi; Cina Ringkas: 乌鲁木齐code: zh is deprecated ; Cina Tradisional: 烏魯木齊code: zh is deprecated ; pinyin: Wūlǔmùqí) adalah pusat pentadbiran wilayah autonomi Xinjiang yang terletak di barat laut Republik Rakyat China.

Dengan penduduk bandar lebih 2.3 juta penduduk, Ürümqi, bermaksud "padang ragut cantik", merupakan bandar terbesar di pedalaman barat laut China. Sejak 1990-an Urumqi telah berkembang dari segi ekonomi menjadi pusat komersial. Urumqi berpenduduk majoriti Cina Han, dengan minoriti terbesar ialah kelompok etnik Turkik yang terdiri daripada etnik Uyghur dan etnik Kazakh dengan kumpulan China etnik Hui.

Sejarah

2000 tahun lalu, Ürümqi merupakan bandar penting di laluan utara Laluan Sutera, satu jaringan luas laluan perdagangan yang memudahkan pertukaran kebudayaan sepanjang benua Eurasia. Tahun ke-22 pemerintahan Maharaja Taizong pada zaman Dinasti Tang, iaitu tahun 648 M, kerajaan menubuhkan bandar Luntai di kota purba Urabo, 10 kilometer daripada pinggir bandar selatan masa kini Ürümqi. Tapak purba bandar Luntai menjadi kerajaan tempatan. Kerajaan mengenakan cukai-cukai , yang telah dikutip daripada karavan-karavan sepanjang laluan utara Laluan Sutera. Sewaktu pemerintahan Dinasti Qing (1763), Maharaja Qianlong menamakan bandar ini sebagai Luntai "Dihua" (Bahasa Cina: 迪化code: zh is deprecated ; pinyin: Díhuà; Bahasa Manchu: Wen de dahabure fu), makna "penjelasan." Pada 1884, Emperor Guang Xu menubuhkan kota Xinjiang sebagai satu Provinsi, dengan Di Hua sebagai ibu negerinya. Ekoran penubuhan Republik Rakyat China, pada Februari 1, 1954, bandar raya ini telah dinamakan semula sebagai Ürümqi, bermakna "padang ragut cantik" dalam Bahasa Mongolia Kaum Junggar .

Rusuhan 2009

Demografi

Menurut banci 2000, bandar raya Ürümqi mempunyai 2,081,834 orang penduduk, dengan kepadatan penduduk 174.53 orang penduduk / km². Penduduk terdiri daripada 75.3% berketurunan Cina Han, 12.8% berketurunan Uyghur, 8.0% berketurunan Hui dan 2.3% berketurunan Kazakh dan Kyrgyz.

Bahagian-bahagian pentadbiran

Bahagian-bahagian Ürümqi

Ürümqi kini terdiri daripada lapan pentadbiran bahagian, iaitu 7 kawasan dan 1 daerah:

Subdivisi Penduduk Keluasan
Nama Hanzi Uyghur as of 2002 km²
Bandar Raya Ürümqi
Xinshi-qu 新市区code: zh is deprecated يېڭىشەھەر رايونى‎ 360,000 142
Shuimogou-qu 水磨沟区code: zh is deprecated شۇيموگۇ رايونى 150,000 91
Tianshan-qu 天山区code: zh is deprecated تڭرىتاغ رايونى 450,000 171
Saybagh-qu 沙依巴克区code: zh is deprecated سايباغ رايونى‎ 440,000 422
Pinggir Bandar Ürümqi
Midong-qu 米东区code: zh is deprecated 100,000 244
Toutunhe-qu 头屯河区code: zh is deprecated تۇدۇڭخابا رايونى 130,000 276
Dabancheng-qu 达坂城区code: zh is deprecated داۋانچىڭ رايونى 40,000 5,042
Ürümqi-xian 乌鲁木齐县code: zh is deprecated ئۈرۈمچى ناھىيىسى 80,000 4,601

Geografi dan iklim

Bandar terbesar di barat Republik Rakyat China, Ürümqi telah dimasukkan dalam Buku Rekod Guinness sebagai bandar raya paling jauh daripada sebarang laut di dunia. Ia kira-kira 1,400 batu (2,500 km) daripada garis pantai terdekat. Bandar raya ini mempunyai berkeluasan 10,989 km². Aras purata tinggi adalah 800 meter dari aras laut.

Ürümqi terletak dalam kawasan beriklim steppe kebenuaan yang mengalami musim panas yang berbahang dan kering, dengan suhu purata pada Julai pada 24 °C (75 °F) serta musim sejuk yang lembap dengan suhu purata pada Januari pada -16 °C (3 °F). Suhu purata tahunan bersamaan 5.4 °C (41.7 °F), dan pemendakan tahunan itu adalah kira-kira 273 mm.

Pemandangan Urumqi dan Gunung Tianshan.
Carta iklim untuk Urumqi
JFMAMJJOSOND
 
 
8
 
-8
-18
 
 
8
 
-6
-16
 
 
18
 
4
-5
 
 
29
 
17
5
 
 
28
 
24
12
 
 
36
 
29
17
 
 
20
 
31
19
 
 
16
 
30
18
 
 
24
 
24
12
 
 
22
 
14
3
 
 
17
 
2
-6
 
 
10
 
-6
-14
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: World Weather Information Service
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
0.3
 
17
-0
 
 
0.3
 
21
3
 
 
0.7
 
39
23
 
 
1.1
 
62
41
 
 
1.1
 
76
54
 
 
1.4
 
84
62
 
 
0.8
 
88
66
 
 
0.6
 
86
64
 
 
0.9
 
75
53
 
 
0.9
 
56
38
 
 
0.7
 
36
21
 
 
0.4
 
21
6
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

Ekonomi

Jambatan-jambatan jalan keliling luar dalam Urumqi waktu malam

Ürümqi adalah pusat industri utama di Xinjiang. Ürümqi, bersama dengan Karamay dan Bayin'gholin, ira-kira 64.5% jumlah pengeluaran perindustrian bagi Xinjiang. Ürümqi adalah juga pusat pengguna terbesar serantau, Kitra-kira ¥41.9 bilion jualan runcit barang-barang pengguna pada 2008, Peningkatan 26% daripada 2007. KDNK per kapita berjumlah US$6,222 pada 2008 [1]. Menurut perangkaan, Urumqi mendapat tempat ketujuh pada 2008 oleh pendapatan boleh guna penduduk-penduduk bandar antara bandar di China.[12]

Panorama separa Urumqi pada senja hari, April 2008

Pameran Perdagangan Urumqi (Cina: 乌洽会) telah diadakan setiap tahun semenjak 1991. Tujuannya ialah bagi menggalakkan pasaran tempatan dan asing. Pesta yang ke-17 telah menarik para peserta daripada Kementerian Perdagangan dan China untuk Mempromosikan Perdagangan Antarabangsa.[13]

Sebagai pusat ekonomi, Urumqi telah mengembangkan kawasan bandarnya sejak 1990-an.CBD di bandar raya bertambah dengan pesat di sekeliling daerah utama. Plaza Zhong Tian, terletak di Xinhua Road, adalah bangunan paling tinggi di Urumqi dan Xinjiang; dengan ketinggian 229 meter, ia juga paling tinggi di Barat laut China dan Asia Tengah. Bandar raya itu membina satu jalan keliling luar (外环路) pada 2003, yang sangat memudahkan pengangkutan. Jalan Zhongshan (Sun Yat-sen Jalan, Cina: 中山路) di Urumqi paling terkenal di Republik Rakyat China semenjak 2005 . Selainnya adalah Wangfujing, dan sebagainya. Jalan kawasan dagangan bagi Zhongshan Road terkenal dengan komputer, telefon bimbit dan barangan elektronik .Antaranya ialah Baihuacun, Ccyber Digital Plaza dan Fountain Plaza, diXinjiang Negeri Bebas Uyghur; ia dipercayai menjadi tumpuan utama produk-produk teknologi di Urumqi.

Pelancongan

  • Pasar Besar Antarabangsa Xinjiang (Cina: 新疆国际大巴扎, bahasa Uyghur: شىنجاڭ خەلقئارا چوڭ بازىرى) adalah sebuah pasar Islam yang terletak di Jalan Jiefang Nan (解放南路code: zh is deprecated ). Pasar ini adalah salah sebuah tarikan pelancongan paling menarik di kota Urumqi dan seluruh wilayah Xinjiang.
  • Gunung Hong Shan (红山code: zh is deprecated ) adalah tempat indah simbolik Urumqi, terletak di Taman Hong Shan.
  • Glasier No.1 (一号冰川code: zh is deprecated ), asal Sungai Urumqi , adalah glasier terbesar terletak berdekatan sebuah bandar di China.
  • Dataran Rakyat (人民广场code: zh is deprecated )
  • Dataran Nanhu (南湖广场code: zh is deprecated )
  • Muzium Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur (新疆维吾尔自治区博物馆code: zh is deprecated )
  • Mata Air Panas Shuimugou (水磨沟温泉code: zh is deprecated ) terletak 5 km timur laut Urumqi.
  • Muzium Sutera Xinjiang (新疆丝绸之路博物馆code: zh is deprecated )[1] terletak betul-betul di sebelah Grand Bazaar di No.160 Jalan Shengli.
  • Pasar Erdaoqiao (二道桥市场code: zh is deprecated ) adalah suatu tempat di mana anda dapat melihat banyak barang keluaran tempatan oleh minoriti itu. Pemilik-pemilik gerai benar-benar berpakaian kostum Uighur. Kadangkala mereka tak jual apa-apa kepada pelancong, sebaliknya mengajak para pelancong menari bersama.[2]

Pendidikan

Urumqi mempunyai banyak kampus pendidikan termasuk Universiti Xinjiang, Universiti Normal Xinjiang, Universiti Pertanian Xinjiang, Universiti Perubatan Xinjiang dan lain-lain.

Universiti

  • Universiti Xinjiang (新疆大学code: zh is deprecated )
  • Universiti Perubatan Xinjiang (新疆医科大学code: zh is deprecated )
  • Universiti Normal Xinjiang (新疆师范大学code: zh is deprecated )
  • Universiti Pertanian Xinjiang (新疆农业大学code: zh is deprecated )
  • Institut Kesenian Xinjiang (新疆艺术学院code: zh is deprecated )
  • Universiti Kewangan & Ekonomi Xinjiang (新疆财经大学code: zh is deprecated )


Pengangkutan

Udara

Ürümqi mempunyai Lapangan Terbanga Antarabangsa Ürümqi Diwopu yang merupakan satu daripada lima buah lapangan terbang utama di Republik Rakyat China, dan juga sebuah hab penerbangan China Southern Airlines dan juga pusat operasi syarikat penerbangan baru untuk China Central Airlines pada lewat 2010.

Kereta api

  • Sebatang landasan kereta api menghubungi bandar raya itu pergi ke Kashgar (barat daya)
  • Ürümqi juga ada sebuah stesen perhentian landasan kereta api Beijing-Almaty (Kazakhstan) yang melalui bandar Dostyk, Kazakhstan. Pada 2008, wujudnya cadangan untuk membina lebih landasan terus ke Almaty.

Jalan raya

  • Lebuh Raya Negara China 216
  • Lebuh Raya Negara China 312
  • Lebuh Raya Negara China 314

Media

Syarikat Xinjiang Networking Transmission Limited mengendali khidmat radio Stesen Penyiaran Rakyat Urumqi dan Stesen Penyiaran Rakyat Xinjiang, bersiaran dalam bahasa-bahsa Mandarin, Uyghur, Kazakh, Mongolia, Rusia dan Kyrgyz.

Stesen Televisyen Xinjiang (XJTV) yang terletak di Urumqi, merupakan stesen TV utama di wilayah Xinjiang. Stesen televiysen utama bagi kota Urumqi ialah Stesen Televisyen Urumqi (UTV).

Sukan

  • Xinjiang Flying Tigers ialah adalah salah sebuah pasukan bola keranjang utama di rantau ini.
  • Xinjiang Ticai adalah salah sebuah pasukan bola sepak tempatan dalam Liga Kedua China.

Bandar kembar

Rujukan

  1. ^ [1]
  2. ^ "Urumqi Attractions".

Pautan luar

  • Ürümqi Government website Diarkibkan 2020-05-13 di Wayback Machine
  • FallingRain Map - elevation = 866m
  • Images and travelling impressions along the Silk Road - Urumqi
  • [2]
  • ethnic composition of Urumqi 1949-1996
  • Ürümqi demographic report in Chinese

Koordinat: 43°48′N 87°35′E / 43.800°N 87.583°E / 43.800; 87.583